Friday, December 13, 2013

new blog

Assalammualakum 
hye rakan bloggers dan sesiapa yang terbaca blog ini
dla dah berhijrah ke blog baru
kawan-kawan sila follow dla k
dla update semuanya kat blog baru ni
terima kasih semua :)

Monday, October 21, 2013

ayah ibu bapa mama daddy papa mamy

Assalammualaikum waw
selamat petang rakan sekalian
entry kali nie nak crta pasal orang tua
memandangkan seminggu dua ni asyik merindui arwah ayah saya
sesiapa yang juga follow fb dla pasti dah nampak picture nie yang dla post last week
kesan dari rindu yang mendalam
Ulang ayat kat fb :
Gambar pengubat rindu saya di opis~

Pada mereka yang masih punya bapa, punya mama, hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa..

Miss you daddy.. tak kiralah apa mereka mahu cakap tentang adek.. Cukup DIA yang tahu~
 
sesungguhnya aku sangat merindui insan ini
dia bapaku yang banyak mengajar erti kehidupan
namun sedikit penyesalan kerana tidak menghabiskan masa2 terakhirnya bersama
seandainya aku tahu dia akan pergi pada ketika itu
biarlah segala persiapan perkahwinan itu aku belakangkan
dan utamakan untuk melayan dia
jadi sebagai pedoman kepada anda semua
sila habiskan masa anda bersama orang tua anda
ya sudah pasti dan sememangnya kita perlu ada kehidupan dan kerjaya
setiap hari perlu mencari nafkah
untuk dirimu keluarga mu dan juga kepada orang tua ini
tapi apa yang aku pelajari dari pengalaman kehilangan seorang bapa ialah
mereka memerlukan perhatian sepenuhnya
mereka tidak mengharapkan wang dari gaji kita
mereka tidak minta kita hanya ingat mereka
tetapi mereka perlukan perhatian kita
 
dari pengalaman perit ini
kini aku sentiasa menghabiskan masa bersama mama pada hari ahad
namun begitu hari-hari bekerja dan walaupun tidak serumah lagi
telefon mereka hari-hari
dan selang 2 3 hari aku tetap balik ke rumah jenguk mama
biar tiada penyesalan untuk kali keduanya
 
1 lagi yang aku pelajari
bila orang tua kita berkata sesuatu yang mungkin kita tidak suka
sesuatu yang boleh mendatangkan marah
sila jangan "tengking" mereka
kita tak tahu ajal mereka
saat2 akhir mereka itu pasti akan menguji kesabaran kita
jika mereka buat sesuatu yang kita boleh marah dan hilang sabar
please please please
jangan terus marah mereka
cuba ckp elok2
kalau dulu ya mungkin saja aku tidak berfikiran matang
dan terus merajuk jika ditengking
sekarang alhamdulillah
dengan izinNya
aku mempelajari semua ini dan memperbaikinya
 
sila ingat
jangan marah mereka
balaslah segala kata mereka dengan kata-kata gurauan yang terselit maksud yang ingin kita katakan
insyaallah keadaan akan pulih semula hendaknya insyaallah
 
aku pernah dengar kata-kata seorang ustad
dia kata walau apa sekalipun apa ibu bapa kita kata
betul atau tidak salah atau benar
sila "IYA" kan saja kata-kata mereka
diulangi kataku tadi, kalau nak jawab
sila jawab dalam nada yang lembut atau bole saja dengan senda gurauan
 
apa yang aku katakan harini adalah untuk peringatan kepada diriku sendiri
dan juga insyaallah dapat memotivasikan juga kawan2 sekalian hendaknya
yang baik dari kata2ku bolehla diikut
jika salah sila abaikan ya
 
apapun sayangi orang tua kita ya...
banyak pengorbanan mereka
cuba bayangkan terbalas sudah ka segala pengorbanan itu??
bagiku, tidak akan mampu aku balas segalanya....
 

Wednesday, October 16, 2013

Di Mana Silapnya...

Assalammualaikum sahabat pembaca
Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dalam lindunganNya 
Insyaallah
Dikesempatan ni juga nak ucap Salam Aidiladha buat semua rakan semuslimku

Harini nak share cerita lagi
Ada story yang membuat hati ini mahu berkongsi cerita yang boleh membuka fikiran kita hendaknya
Seperti yang korang tahu, aku ni dah lama pun melibatkan diri dalam bidang perniagaan kan
korang sendiri tahu bermacam-macam bisnes aku buat
darilah berjualan di gerai hinggalah internetnya tak lupa juga segala servis yang aku sediakan
rasanya dari perhitungan aku, hampir 4 tahun aku bergiat aktif 
(tidak termasuk perniagaan sampingan ketika melanjutkan pelajaran suatu ketika dahulu)
namun aku masih di sini dan masih begitu sahaja
maksud aku, aku masih berada dalam keadaan yang sama
(andai kamu mengerti apa yang ingin aku katakan)

Mungkin masih samar-samar apa yang ingin aku katakan tentang diri aku
mungkin korang masih tak faham apa maksud aku 
 biar aku bagi 1 keadaan sebenar yang membuat aku sedar bahawasanya aku masih "begini"

di Sandakan nie ada seorang adik yang juga merupakan adik kepada kawan sedarjahku dulu
dia seorang yang cantik pada pandanganku
baru berumur 19 tahun
apa yang aku tahu tentang budak ini,
ketika dia baru sahaja habis SPM dia kerja di sebuah kedai menjual barangan kek
dan entah berapa bulan seterusnya dia tidak bekerja lagi disitu 
tapi mengambil tempahan kek hanya dari rumah nya sahaja
aku salah seorang pelanggan setianya
ada lah dalam 3 4 kali dah order dari dia
beberapa bulan berikutnya dengan azam yang tekad 
dia mampu membuka sebuah kedai kek yang dihiasi indah dengan tema vintage
Aku cukup bangga dengan adik ini
Dia bermula dari bawah
dan mampu juga aku katakan dia bermula dari kosong
dari minat hinggalah menjadi 1 punca rezeki buatnya
Alhamdulillah dan Tahniah aku ucapkan

Aku sentiasa dapat melihat perkembangan adik ini melalui muka bukunya
dan apa yang membuatkan aku lebih bangga dengannya
dalam tempoh 2 bulan kedainya beroperasi
dia sudah punya kereta, malahan kereta bukan buatan Malaysia seperti yang aku pandu 

Dapatkah kalian berasa bangga, kagum dan mungkin juga berfikir seperti apa yang aku fikirkan
Mampukah kalian mengubah kehidupan anda menjadi baik dan lebih baik??
Mampukah anda berada di Zon Selesa???
Kepada mereka yang sudah berjaya dalam bidang kerjaya anda, perniagaan anda,
Tahniah!! Anda sudah berjaya

Tapi tidak bagi aku...
Aku sudah hampir 4 tahun berniaga
Dari berhenti kerja kini kerja semula
Dari bisnes makanan ke tudung ke pelaminan ke fotografi
tapi aku tetap begini
tiada apa yang bisa dilihat dari hasil titik peluh aku
Belum lagi mendapat duit gajian
aku sudah merancang dah mengagih2 duit itu untuk bayar kereta, umah, air, letrik, makan, minyak kereta dan sebagainya....
tiada hasil dan simpanan yang boleh dibanggakan
lalu hari ini aku berfikir
di mana silapnya
sehingga aku tidak mampu berjaya seperti Dia Kamu Mereka !!
Di Mana Silapnya..
Namun sehingga jari ini terus menaip dari kata hati ini
Aku Masih Tidak Mampu Mencari Jawapannya

Aku masih tidak mampu mengubah kehidupan aku, keluargaku menjadi lebih baik
Aku masih dibelenggu hutang
Aku masih takut melalui jalan yang mendatang

Apapun aku akan cuba untuk mengubah nasib diri dan kehidupan yang mendatang
Selagi diberi kesempatan untuk menikmati alam ini...

Insyaallah....

Thursday, October 3, 2013

kembali

Assalammualaikum waw
apa khabar semuanya
hehe sori lama menghilang
kalau blog nie benda
memang dah bersarang terbiar nie :)
actually niat di hati nak stop dah berblog2 nie
rasa mcm banyak negatifnyer
dok ngumpat dok cite benda melarut
tapi hari nie 
pintu hati nie terbuka pulak nak update blog :)
(tak kuat iman nie ehh)

nothing much to say bout myself, my life
just wanna share sumthing
surprise surprise!!

okey 1stly nak cite tentang perwatakan kita nie
anyway citenye macam nie
bos dla just come backed from seminar
omong2 kosong tetiba she said
bole baca perwatakan orang
aku wat tak tau jer besa la orang bole tau dar gaya kita pun kan
then suddenly she said that im a peacock + owl
terus hah kaki ni melangkah ke meja bos i tu
terkejut la
bab sebelum ni someone pernah soal jawab aku
adalah beberapa soalan kena jawab
then dia kata aku nie peacock + burung hantu
jan salah sangka, bukan kita ni jadi burung2 tu
means perwatakan kita digambarkan seperti burung2 tersebut
yang tak sangkanya
kenapalah bos aku pun bole tau
selama ni aku ingt apa orang sebelum ni "scan" perwatakan aku
just omongon kosong jer
bila dah bos cakap macam tue
wah wah sangat terkejut dan tak sangka la
tak tau nak gmbrkan macam mana perasaan nie
actually masa pertama kali disoal dlu dan dapat tau aku ni pegang watak peacock dan burung hantu
i marah tau..
i tak suka..
hihi
so bila bos kata benda sama
rasa kelakar la terkenang dlu macam mana pertama kali i know about it
hahahahahahha
okey okey,
kesimpulannya
kita sebagai manusia ni punya kelebihan dan kelemahan
kita kena sentiasa amik tahu apa kelemahan kita
dan perlahan2 perbaikinya
perbanykkan membaca buku motivasi
secara perlahan2 anda akan tahu serba sedikit ttg diri anda
begitu juga dengan aku nie
kalua dok boring kat umah tinggal sendiri2
baca la buku apa yang patut
dan yang paling utama, bacalah kitab suci kita
semoga hati kita semakin ikhlas 
insyaallah

untuk cerita life dla plak
teda yang istimewa 
masih seperti dlu
still the old me
masih juga mencari rezeki di Cepatwawasan nie
masih juga bergerai dan menjual segala produk
masi jugakla bha begitu2
tggal 2 bulan lagi di tahun 2013 nie
tapi masi teda apa2 perkembangan yang baik

apapun terus doakan saya agar terus maju ya
sama-sama lah kita berdoa untuk kebaikan bersama
lastly aku kepilkan sekeping gambar wajah terkini aku
si kurus :P


 

Tuesday, August 6, 2013

cite sikit

Assalammualaikum
hye mood dah nak raya kan??
balik kampung dah??
best korang ada kampung
heheh tak pe la
kat mana sekalipun kita akan beraya
bersederhana dalam segala hal okey :)

sebelum ni dah post mcm mana sambutan raya yang bakal dla sambut kan
so post kali ni tak mau habaq lagi pasal preparation raya
paling2 pun dla akan story pasal persiapan nak wat tuk pelamin buaian
huwarghhhhh
actually dla sangat stress tau
mlm2 pikir mcm mana nak buat last minit pelamin buaian nie
yai yai yai
tekanan sampai tetido2 tau
last2 makin tak da masa nak wat deko tue
haish haish
hopefully dla sempat la buat kan

hah nak tau 1 hal lagi???
langsir dla tak siap jahit lagi
kuih raya tak siap lagi
tggal 2 3 hari lagi nak raya
korang rasa sempat tak dla buat
dengan masa pagi sampai ke petangnyer kat opis
malam pulak dok sibuk wat pelamin
hah cuba bgtau bila siapnyer semua tu???
actually kalau nak wat kuih raya tu bole jer time nak sahur2 tu kan
tapi tue la
belum cukup kuat lagi dla nak wat keja 24 jam
hahahahahah
tak pe doakan jer semuanyer dla dapat siapkan
kita yakin dan tawakal k kengkawan

okey posa kali ni dla tak de la ramai buka posa kat luar or ngan member
jika sebelum ni selalu buka posa ngan kawan2 
kali ni baru 2 kali dla berbuka posa bersama teman2
1st ngan family abg jali
2nd dengan kawan smk aku
yaiii sangat merindui mereka tau....
dan paling bestnyer kalau kuar dengan dorang
selalu jer dorang ni bagi nasihat
tak lupa juga menunaikan solat bersama
tu yang best kan bila dapat kawan yang baik
yang membawa kita ke arah kebaikan
tak mcm sesetengah kawan nie
dah la kutuk mengutuk
ungkit mengungkit
mengingat cinta lama
ohh betapa aku bersyukur Allah menemukan aku kepada mereka
antara kami semua
aku jer yang masi tak berubah2
even sekrang dalam proses nak jadi seorang muslimah yang baik
tapi
errrrrr
apesal la aku masi ada wat silap2 lagi
hahahahahahha
tak pe
janji ada niat dan berusaha untuk jadi baik kan
insyaallah dla pun nak mcm dorang
sentiasa jaga solat
sentiasa jaga batas pergaulan
sentiasa lemah lembut
sentiasa sentiasa la bha
janjinya dorang mmg baik :)
hopefully dla pun jadi macam dorang
amin insyaallah :)

 sayang mereka sangat2
korang tau juga kan
ramai je kawan dla
tapi ramai juga kini dah jadi lawan
tp tidak kepada mereka
alhamdulillah selama perkenalan kami ni
kami tidak pernah bergaduh
bertelingkah dan segalanya
tu yang best kalau berkawan dengan orang pentingkan agama nie
kita pun akan ada kesedaran dan jadi orang yang baik
hehehehhehe
hah yang tudung hijau tu darah manis..
dalam gmbr ni aku jer yang dah tukar status..huwargghhh

mmmm
mesti korang heran kan kenapa la si dla ni
balik2 nak ckp pasal kawan baik jer dr td post nie kan
hehhe
actually mcm nie
donno la kan suppose dla story hal ni or not
tp rasanya i shud
untuk buka sikit mata dan minda kita
supaya kita tak la sibuk sangat hal keluarga orang k
macam ni
as korang tau
dla pun baru je kawen kan
tapi tak la dipanggil pengantin lagi pun
ye la kawen belum sampai setahun jagung dah ada yang cuba nak rosakkan pulak
im not talking about the 3rd person
mmmmm ntah la whether itu berkaitan or not
mcm ni
 mmmm ntah la kenapa kan orang suka sangat kata laki aku tu takut bini
bini tu means aku la
okey meh nak tanya yer
kalau bini mrh laki kuar mlm2 tapi laki tetap kuar tu kira laki takut bini ker???
kalau bini minta beli itu ini laki tak beli kan juga tu kira laki takut bini ker???
kalau bini duk membebel dan laki wat tak tau jer tu kira takut bini ker???
kalau betul laki dla tu takut sangat kat dla
dah lama dia tu asyik tunduk kat dla
then bila dla kat no no no
dia takkan buat
ni dla marah mcm mana dia tak takut pun
so y korang nak sibuk kata dia takut aku??
hah pastu siap ckp aku tak takut laki plak
kalau aku tak takut laki
dah lama dah kuar perangai lama duk g lepak ngan kengkawan sampai tgh mlm
biar laki aku kat umah
tapi tue la
barangkali bila kita arah2 suami minta wat tu wat nie 
tu kali yang dorang kat laki takut bini kan bila laki p wat juga kan???
so nak tanya mana la kebahagiaan rumah tangga kalau tak leh nak minta pa pe
lagi pun da suami aku
duk ngan aku
dah tentu la nak minta itu ini
haishhh nak ckp pun ssh
kang kata aku pulak terasa ngan kata korang sangat kan
so from today
aku dah kata kat husband
kalau ada apa2 upacara yang melibatkan kawan2 dia ni
i tak nak ikut
wat malu dan menyampah jer g kan
aku bukan apa
kadang tu kawan dia melebih sangat
macam aku dah kata aku cuba jadi terbaik 
jaga batas aku 
tapi hati bini mana tak sakit bila ada
yang menyapa suami siap pegang2 peluk2
ehh hello
kawan kawan juga yer
jangan nak melebih 
aku pun bole je nak buat begitu tapi ingt sikit yer kita ni orang apa
ya mgkn korang bole kata aku ni mcm la baik sangat sampai mcm tu pun tak bole
tapi kan kita belajar dari kesilapan
mungkin dulu adalah 1 kesilapan
tapi bukan kali nie
so salahka kita berubah ke arah kebaikan
lagipun kena ingt
pintu taubat sentiasa ada :)

tapi kan apa yang terjadi ni 
lama juga dla mendiamkan diri
diam pikir kenapa la macam ni
apa salah aku
tetiba ingt balik
owhhh ni mungkin balasan aku la ni ngan apa yang pernah aku lakukan dlu
Alhamdulillah.. Ujian Allah

hmm okey la 
nak sambung wat keja 
dengan mood nak bercuti ni
haisshhh kenapa tak da cuti aku ni!!!!!!
tension i
kalau tak kat umah mesti dah tolong mama
sob sob
okey la
see ya

Salam Aidilfitri
Salam Kemaafan buat semua
Berhati2 ke destinasi anda :)
 

Monday, July 29, 2013

seminggu lagi nak raya!!

Assalammualaikum
wah next week dah nak raya ni
korang hepi ker??
anyway, nak cerita sikit pasal orang kita nie
korang perasan tak kalau nak sambut raya ni
kebanyakan orang melayu ni selalu dikaitkan dengan perkataan "boros"
sebenarnya benda ni dah 2 3 tahun lalu dla perasan 
cuma tak habaq n stori sebab for me its normal
but nowadays banyak dla baca artikel kan
most muslim ni akan berabis buang duit during ramadhan n for preparing hari raya 
mmmm kalau di pikir
ye la
masa bulan posa nak beli juadah untuk berbuka
then hari raya kena beli kuih raya, hidangan tuk santapan sedara mara, nak beli baju baru, nak hias rumah 
betul tak????
ok meh baca 1 post dr sifu kitaorng nie

Pesta ciptaan orang melayu yang amat gah. Hari yang amat keramat bagi orang melayu, dan hari yang menyebabkan gumpalan gumpalan wang orang melayu gugur sebanyak mana juga titisan air mata mereka pada pagi raya.
Hari yang sepatutnya mensucikan diri orang melayu dari sifat sifat buruk dan hanyir ini sudah ditradisikan oleh orang melayu kepada satu hari yang amat penuh dengan onar.

Mana mungkin mereka boleh rasa insaf apabila dalam satu bulan sebelum pesta raya ini, mereka sudah isi perut mereka dengan berbagai warna makanan yang tak pernah mereka mahu makan ketika lain masa. Mana mungkin juga mereka boleh mengaku hero di hari kemenangan kerana mereka sudah awal awal lagi tewas di tangan kedai perabut Ah Seng, kedai asesori kereta Ah Chong, Jakel, Mydin, Tesco dan Seng Hup. Mereka sudah tewas pada hari pertama apabila diumumkan oleh pemegang mohor raja raja bahawa esoknya hari perjuangan bermula untuk berpuasa.

Berpusu pusu mereka ke hotel hotel 5 bintang, ke restoren restoren mewah, ke gerai gerai yang tumbuh macam misai tidak dicukur. Mereka hulurkan tengkuk2 gemuk mereka untuk disembelih dengan tawaran tawaran yang tak masuk akal.Makanlah sepuas hati kamu kata mereka. Bayar sahaja RM65 satu kepala dan isilah perut kamu dengan apa sahaja kamu suka sampai perut kamu bulat macam ikan buntal. Maka diusunglah satu angkatan keluarga dari anak kecil hinggalah yang tua gayut bertongkat untuk beratur di meja meja buffet. Tersengih panjang tokey tokey kedai melihat nafsu mereka. Kata mereka, bila lagi mau mewarnakan bulan yang mulia ini.

Kemudian mereka yang amat sopan pada bulan bulan lain mula bertukar menjadi makhluk yang amat buas beberapa hari menjelang pesta mereka ini. Mereka berdondon dondon penuhi jalanraya. Mahu pulang ke kampung kata mereka. Hari Pesta begini tak mungkin kita mahu duduk di kota. Mereka mesti, wajib, perlu dan tidak boleh tidak untuk tidak pulang. Mereka mesti, wajib, perlu dan tidak boleh tidak untuk tidak mohon maaf pada kaum keluarga. Mati pun tidak apa asalkan musti mahu pulang. Kenapa pada hari pesta ini sahaja mereka rasa itu wajib ? Sedangkan pada 11 bulan yang lain, mereka penuh dengan alasan busy dan tidak ada masa. Mengapa tunggu hari pesta ini untuk mohon maaf pada pak ngah, mak ngah, pak teh, mak teh ? Mengapa pada hari pesta ini wajib untuk kunjungi mereka ? Mengapa 11 bulan yang lain, mereka hanya wajib pergi Mabul, Langkawi, Sunway Lagoon dan Genting Highlands sahaja, tetapi tidak wajib menjenguk Pak Ngah ? Mengapa 11 bulan yang lain mereka penuhi penerbangan Air Asia ker Koh Samui, Beijing dan Jakarta tetapi tidak ke rumah ayah bonda di kampung ? Busy kata mereka. Mengapa meratap menangis hiba dan hingus serta air mata meleleh leleh pada pagi pesta raya, ketika bersalaman mohon maaf, sedangkan 363 hari yang lain haram tidak mahu peduli.

Tidak cukup satu hari, orang melayu sekarang sudah sambung hari Pesta Raya ini kepada 30 hari. Berebut rebut mereka untuk bertanding rumah terbuka siapa lagi hebat. Umpat keji mereka diteruskan di meja meja gossip open house. Tidak boleh tidak jika tidak pergi open house si Ahmad. Walaupun perut sudah kenyang, kita musti pergi juga merempuh 3 benua dari Ampang ke Shah Alam. Nanti kalau Ahamd tidak balas kunjungan datang ke open house mereka, satu tahun dikejinya si Ahmad. Hari minggu selama 4 minggu berturut turut, mereka tidak ada agenda lain tapi balas membalas open house. Minyak kereta habis, jam, anak anak keletihan, mata mengantuk, perut boroi kekenyangan, hati panas di jalanan dan masam muka suami isteri, hanya kerana mahu dan wajib hadir pada jemputan open house.

Inilah Pesta Aidilfitri orang melayu. Hari yang sepatutnya menjadi hari kemenangan, yang pada asalnya dinamakan HARI RAYA AIDILFITRI , sudah dinaik tarafkan sebagai PESTA AIDILFITRI.

Hari yang sepatutnya, kita mandi, pakai baju bersih, ke masjid, dan kemudian pulang menjamu selera tanda kemenangan selepas Ramadhan, kini amat haru celaru serta penuh noda tradisi orang melayu. - Eddie Putera, July 2013.

ha ha dari apa korang baca benar sungguh katanya kan??
ok dla nak stori sikit la kan
sebelum ni dla n family kalau bulan ramdhan
selalunya mesti akan beli juadah kat bazar ramadhan
yang perlu ada,
tauhu@ abc
pastu kena ada kuih muih
then mesti ada 1 menu makanan yang mengenyakkan
seperti nasi goreng @ mee goreng@ bubur@laksa or sebagainya yang kami akan masak
actually mama la yang masak
hahahah
hah
kalau dipikirkan membazir kan even benda tu akan habis di makan???
syukurlah tahun nie
ada perubahan dla tengok
sekrang kan dla duk umah sendiri
so kalau berbuka posa pun berdua jer dengan suami
jarang kami beli kat bazar
selalunyer dla masak
buka posa makan kurma dan minum air manis
pastu makan malam terus 
tu pun dla masak
so jimat kan???
kalau beli lauk pauk macam sayur, ayam dan makanan laut tu
beli sekilo dah bole makan seminggu ke 2 minggu
sangat jimat
melainkan kalau dla dah penat bekerja
barulah kitaorang beli kat bawah rumah jer
ramai yang menjual
tu pun beli kuih muih jer
so dapat la jimat kan??
dan paling penting
tak lah kita membazir 
alhamdulillah

korang plak mcam mana???
sesama la kita berjimat yer...
untuk kebaikan bersama
kalau mampu nak makan luar tak ada masalah pun bagi dla
janji apa kita makan mesti habis

rindu nak buka posa roti nan kat kk tue
sedap giler dla sorang habiskan masa berbuka posa dlu
dah lama tu masa dla study kat uitm lagi
yummy yummy 
:)

hah nak cite lagi nie
hasihh dah seminggu lebih
dla still tak da suara ni kesian
ujian Allah nie
ubat dah habis
limau dan asam jawa kat umah tu pun dah habis
hahaah
semoga nanti raya dah ada suara 
senang nak bercerita ngan sanak saudara
aisehmen

raya kali ni mungkin agak berbeza kerana
nie la tahun pertama dla beraya sebagai isteri orang kan
so mesti la lain
dah boleh balik kampung
hahahahha
tau la orang tak da kampung nie
so taman pak tak tu bole dikira kampung dla la kan
raya tahun ni mestilah malam takbir dla kena berada di rumah mak
mesti mama sedih beraya tanpa arwah ayah
nie juga tahun pertama beraya tanpa ayah di sisi
tak sempat nak minta maaf ngan bapa
tak sempat nak gambar berdua ngan bapa
yang penting
masih tidak mampu menerima yang bapa sudah tiada
semua berlaku sekelip mata
betul pepatah orang melayu selalu kata
hargailah selagi masih ada
sekarang dah tak da
sangat terasa kehilangannya
semoga arwah ditemptakan di kalangan orang2 beriman
insyaallah
tiap malam dla doakan arwah
semoga Allah mengabulkan doa dla hendaknyer

mungkin petang raya pertama tu dah pi rumah mak mertua
sebab raya kedua dah sibuk buat pelamin berendoi dan prefer anything tuk anak along
alhamdulillah akhirnya along dikurniakan anak lelaki
Muhammad Ali Fadhullah bin Mohamed Fairuz..
syukur ya Allah
pastu pulak hari keesokan majlis anak along ni
kena buat pelamin berendoi anak ola pulak
warghh penat la nie
then bila nak beraya nie???
ahahhahahaha
tengok nanti mcm mana kan

mmmmm dorang dah ada zuriat, bertambah zuriat
korang nak tahu
errrrr
dla pun nak jugak
tapi bila fikirkan hospital
ohh tidak
terbantut niat dla
ramai orang marah dla
dorang kata salah perbuatan dla ni
sebab kesakitan dan segala yang berlaku itu takdirNya
ya i know 
tapi tue la
saya belum bersedia untuk semua itu
maafkan saya
nak jer amik anak angkat
tapi sekrang nie manala orang nak bagi anak senang2 kan
:(
dla berserah pada takdir dan kehendakNya

ehh korang pernah tak terjadi situasi macam nie :
ok macam nie
actually hari ni dla sangat penat
banyak keja
pastu hari isnin memang mood tak bek sangat 
penat berjualan dan aktiviti hari ahad mungkin belum terbalas kan
so kiranya dla nak berehat dari memasak la kononnyer
tapi tak berani nak bagitau encik suami
so pm kat fb dia dengan ayat bunga2
tau la dla kalau ada apa2 bukan cakap direct
paling pun diam
kalau bercakap mesti cakap yang pelik2 sampai orang tu bingung
so pm fb suami tanya dia nak makan apa untuk berbuka posa nanti
pastu bgtau kat dia penat masak
boleh2nyer dia kata jom makan piza
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
tau tak
actually dla sebenarnya nak makan piza
hahahahahha
macam tau2 je dia kan
bila tanya macam mana tau bb nak makan piza nie
ngam slumber jer dia jawab
bini abie mestila tau apa seleranya
aisehmen
actually kan
ni bukan yang pertama terjadi tau
selalu jer dla berbunga2 ayat mesti dia tau apa dia nak
mungkin betulla ni lah dikatakan jodohkan?????
hopefully we're together till jannah 
insyaallah amin...

okey 
to be continued yeh
nah sambung keja nie
salam
 

Thursday, July 25, 2013

Salam Kemaafan dariku~

Assalammualaikum waw
hello hello
dengo tak
hasihh dla tak do suara plak nie hah
dah seminggu suara asyik serak je
tak leh nak berckp langsung
kat opis ni 
kesian bos aku yang kena jadi org tgh klu ada apa2 aku nak beckp dgn org estate
segan jadinya aku
tapi apakan bole buat
tak leh nak berkata2 ni
dah ramai kengkawan bagi petua 
suh minum air limau aku g beli limau dan minum
suh minum air asam jawa aku g beli dan minum
suh makan madu aku g beli makan
aduhai tak baik2 juga suara nie
ubat klinik siap habis dah ku telan
berpapan2
tapi tak baik juga
akhirnya aku redha, aku tahu
ini pasti
ujian Allah bagi aku di bulan ramadhan nie
Semoga dosa2 kecil aku terhapus hendaknya
doakan dla cepat sembuh ye kawan2

ok nak ckp nie
ada lah beberapa hari duk dengar ceramah kat tv
adalah yang buat dla tersedar akan kesilapan masa lalu
yer tau
dla banyak story about everybody yang dla tak puas hati 
sejak dla mula jinak ngan blog ni until now
if anything yang dla tak puas hati
mesti dla story kat sini kan
so today dla nak say sorry
ampunkan lah segala dosa dan silap ku 
yang memperkatakan tentang keburukan 
yang mungkin juga telah membuka aib anda semua
maafkanlah diri ini
sesungguhnya aku manusia biasa
dan ketika itu mungkin pemikiran tidak matang
berkelakuan kayak anak kecil
yang sentiasa mahu menang dan mahu menuding jari sahaja
walaupun semua itu adalah realiti ketidakpuasan dan kemarahan dari diri ini
dla tak sepatutnya menceritakan juga walau apa sekalipun
kerana ianya juga dikira DOSA
ampunkanlah dari hujung rambut dla hingga ke hujung kaki ini
apa lagi ini kan bulan ramadhan
buang yang keruh ambil yang jernih
kepada keluarga, saudara, suamiku tercinta,sahabat handai, teman sepejabatku, kepada insan yang pernah singgah di hati ini, dan kepada sesiapa yang pernah diperkatakan dalam blog ini
mohon kemaafan dari saya
Siti Nur Fadhilah
Sesungguhnya kini telah sedar pun dla dari mainan coretan blogger nie
Insyaalah dengan ingatan kepadaNya
Insyaallah
Insyaallah
dla akan cuba untuk tidak menceritakan hal orang lain
tapi untuk semua
ketahuilah
sepanjang coretan blog ku ini
apa yang ceritakan hanya luahan hati dan hanya ingin berkongsi pengalaman
yang mahu dijadikan teladan, pedoman , contoh untuk kehidupan dla dan anda seterusnya
ok??
so peace no war bebeh :)
peace yooooow

okey la
teruskan amalan kita di bulan ramadhan ini
jangan lupa bayar zakat
jangan membazir
hehehe

Assalammualaikum
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails