Monday, July 29, 2013

seminggu lagi nak raya!!

Assalammualaikum
wah next week dah nak raya ni
korang hepi ker??
anyway, nak cerita sikit pasal orang kita nie
korang perasan tak kalau nak sambut raya ni
kebanyakan orang melayu ni selalu dikaitkan dengan perkataan "boros"
sebenarnya benda ni dah 2 3 tahun lalu dla perasan 
cuma tak habaq n stori sebab for me its normal
but nowadays banyak dla baca artikel kan
most muslim ni akan berabis buang duit during ramadhan n for preparing hari raya 
mmmm kalau di pikir
ye la
masa bulan posa nak beli juadah untuk berbuka
then hari raya kena beli kuih raya, hidangan tuk santapan sedara mara, nak beli baju baru, nak hias rumah 
betul tak????
ok meh baca 1 post dr sifu kitaorng nie

Pesta ciptaan orang melayu yang amat gah. Hari yang amat keramat bagi orang melayu, dan hari yang menyebabkan gumpalan gumpalan wang orang melayu gugur sebanyak mana juga titisan air mata mereka pada pagi raya.
Hari yang sepatutnya mensucikan diri orang melayu dari sifat sifat buruk dan hanyir ini sudah ditradisikan oleh orang melayu kepada satu hari yang amat penuh dengan onar.

Mana mungkin mereka boleh rasa insaf apabila dalam satu bulan sebelum pesta raya ini, mereka sudah isi perut mereka dengan berbagai warna makanan yang tak pernah mereka mahu makan ketika lain masa. Mana mungkin juga mereka boleh mengaku hero di hari kemenangan kerana mereka sudah awal awal lagi tewas di tangan kedai perabut Ah Seng, kedai asesori kereta Ah Chong, Jakel, Mydin, Tesco dan Seng Hup. Mereka sudah tewas pada hari pertama apabila diumumkan oleh pemegang mohor raja raja bahawa esoknya hari perjuangan bermula untuk berpuasa.

Berpusu pusu mereka ke hotel hotel 5 bintang, ke restoren restoren mewah, ke gerai gerai yang tumbuh macam misai tidak dicukur. Mereka hulurkan tengkuk2 gemuk mereka untuk disembelih dengan tawaran tawaran yang tak masuk akal.Makanlah sepuas hati kamu kata mereka. Bayar sahaja RM65 satu kepala dan isilah perut kamu dengan apa sahaja kamu suka sampai perut kamu bulat macam ikan buntal. Maka diusunglah satu angkatan keluarga dari anak kecil hinggalah yang tua gayut bertongkat untuk beratur di meja meja buffet. Tersengih panjang tokey tokey kedai melihat nafsu mereka. Kata mereka, bila lagi mau mewarnakan bulan yang mulia ini.

Kemudian mereka yang amat sopan pada bulan bulan lain mula bertukar menjadi makhluk yang amat buas beberapa hari menjelang pesta mereka ini. Mereka berdondon dondon penuhi jalanraya. Mahu pulang ke kampung kata mereka. Hari Pesta begini tak mungkin kita mahu duduk di kota. Mereka mesti, wajib, perlu dan tidak boleh tidak untuk tidak pulang. Mereka mesti, wajib, perlu dan tidak boleh tidak untuk tidak mohon maaf pada kaum keluarga. Mati pun tidak apa asalkan musti mahu pulang. Kenapa pada hari pesta ini sahaja mereka rasa itu wajib ? Sedangkan pada 11 bulan yang lain, mereka penuh dengan alasan busy dan tidak ada masa. Mengapa tunggu hari pesta ini untuk mohon maaf pada pak ngah, mak ngah, pak teh, mak teh ? Mengapa pada hari pesta ini wajib untuk kunjungi mereka ? Mengapa 11 bulan yang lain, mereka hanya wajib pergi Mabul, Langkawi, Sunway Lagoon dan Genting Highlands sahaja, tetapi tidak wajib menjenguk Pak Ngah ? Mengapa 11 bulan yang lain mereka penuhi penerbangan Air Asia ker Koh Samui, Beijing dan Jakarta tetapi tidak ke rumah ayah bonda di kampung ? Busy kata mereka. Mengapa meratap menangis hiba dan hingus serta air mata meleleh leleh pada pagi pesta raya, ketika bersalaman mohon maaf, sedangkan 363 hari yang lain haram tidak mahu peduli.

Tidak cukup satu hari, orang melayu sekarang sudah sambung hari Pesta Raya ini kepada 30 hari. Berebut rebut mereka untuk bertanding rumah terbuka siapa lagi hebat. Umpat keji mereka diteruskan di meja meja gossip open house. Tidak boleh tidak jika tidak pergi open house si Ahmad. Walaupun perut sudah kenyang, kita musti pergi juga merempuh 3 benua dari Ampang ke Shah Alam. Nanti kalau Ahamd tidak balas kunjungan datang ke open house mereka, satu tahun dikejinya si Ahmad. Hari minggu selama 4 minggu berturut turut, mereka tidak ada agenda lain tapi balas membalas open house. Minyak kereta habis, jam, anak anak keletihan, mata mengantuk, perut boroi kekenyangan, hati panas di jalanan dan masam muka suami isteri, hanya kerana mahu dan wajib hadir pada jemputan open house.

Inilah Pesta Aidilfitri orang melayu. Hari yang sepatutnya menjadi hari kemenangan, yang pada asalnya dinamakan HARI RAYA AIDILFITRI , sudah dinaik tarafkan sebagai PESTA AIDILFITRI.

Hari yang sepatutnya, kita mandi, pakai baju bersih, ke masjid, dan kemudian pulang menjamu selera tanda kemenangan selepas Ramadhan, kini amat haru celaru serta penuh noda tradisi orang melayu. - Eddie Putera, July 2013.

ha ha dari apa korang baca benar sungguh katanya kan??
ok dla nak stori sikit la kan
sebelum ni dla n family kalau bulan ramdhan
selalunya mesti akan beli juadah kat bazar ramadhan
yang perlu ada,
tauhu@ abc
pastu kena ada kuih muih
then mesti ada 1 menu makanan yang mengenyakkan
seperti nasi goreng @ mee goreng@ bubur@laksa or sebagainya yang kami akan masak
actually mama la yang masak
hahahah
hah
kalau dipikirkan membazir kan even benda tu akan habis di makan???
syukurlah tahun nie
ada perubahan dla tengok
sekrang kan dla duk umah sendiri
so kalau berbuka posa pun berdua jer dengan suami
jarang kami beli kat bazar
selalunyer dla masak
buka posa makan kurma dan minum air manis
pastu makan malam terus 
tu pun dla masak
so jimat kan???
kalau beli lauk pauk macam sayur, ayam dan makanan laut tu
beli sekilo dah bole makan seminggu ke 2 minggu
sangat jimat
melainkan kalau dla dah penat bekerja
barulah kitaorang beli kat bawah rumah jer
ramai yang menjual
tu pun beli kuih muih jer
so dapat la jimat kan??
dan paling penting
tak lah kita membazir 
alhamdulillah

korang plak mcam mana???
sesama la kita berjimat yer...
untuk kebaikan bersama
kalau mampu nak makan luar tak ada masalah pun bagi dla
janji apa kita makan mesti habis

rindu nak buka posa roti nan kat kk tue
sedap giler dla sorang habiskan masa berbuka posa dlu
dah lama tu masa dla study kat uitm lagi
yummy yummy 
:)

hah nak cite lagi nie
hasihh dah seminggu lebih
dla still tak da suara ni kesian
ujian Allah nie
ubat dah habis
limau dan asam jawa kat umah tu pun dah habis
hahaah
semoga nanti raya dah ada suara 
senang nak bercerita ngan sanak saudara
aisehmen

raya kali ni mungkin agak berbeza kerana
nie la tahun pertama dla beraya sebagai isteri orang kan
so mesti la lain
dah boleh balik kampung
hahahahha
tau la orang tak da kampung nie
so taman pak tak tu bole dikira kampung dla la kan
raya tahun ni mestilah malam takbir dla kena berada di rumah mak
mesti mama sedih beraya tanpa arwah ayah
nie juga tahun pertama beraya tanpa ayah di sisi
tak sempat nak minta maaf ngan bapa
tak sempat nak gambar berdua ngan bapa
yang penting
masih tidak mampu menerima yang bapa sudah tiada
semua berlaku sekelip mata
betul pepatah orang melayu selalu kata
hargailah selagi masih ada
sekarang dah tak da
sangat terasa kehilangannya
semoga arwah ditemptakan di kalangan orang2 beriman
insyaallah
tiap malam dla doakan arwah
semoga Allah mengabulkan doa dla hendaknyer

mungkin petang raya pertama tu dah pi rumah mak mertua
sebab raya kedua dah sibuk buat pelamin berendoi dan prefer anything tuk anak along
alhamdulillah akhirnya along dikurniakan anak lelaki
Muhammad Ali Fadhullah bin Mohamed Fairuz..
syukur ya Allah
pastu pulak hari keesokan majlis anak along ni
kena buat pelamin berendoi anak ola pulak
warghh penat la nie
then bila nak beraya nie???
ahahhahahaha
tengok nanti mcm mana kan

mmmmm dorang dah ada zuriat, bertambah zuriat
korang nak tahu
errrrr
dla pun nak jugak
tapi bila fikirkan hospital
ohh tidak
terbantut niat dla
ramai orang marah dla
dorang kata salah perbuatan dla ni
sebab kesakitan dan segala yang berlaku itu takdirNya
ya i know 
tapi tue la
saya belum bersedia untuk semua itu
maafkan saya
nak jer amik anak angkat
tapi sekrang nie manala orang nak bagi anak senang2 kan
:(
dla berserah pada takdir dan kehendakNya

ehh korang pernah tak terjadi situasi macam nie :
ok macam nie
actually hari ni dla sangat penat
banyak keja
pastu hari isnin memang mood tak bek sangat 
penat berjualan dan aktiviti hari ahad mungkin belum terbalas kan
so kiranya dla nak berehat dari memasak la kononnyer
tapi tak berani nak bagitau encik suami
so pm kat fb dia dengan ayat bunga2
tau la dla kalau ada apa2 bukan cakap direct
paling pun diam
kalau bercakap mesti cakap yang pelik2 sampai orang tu bingung
so pm fb suami tanya dia nak makan apa untuk berbuka posa nanti
pastu bgtau kat dia penat masak
boleh2nyer dia kata jom makan piza
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
tau tak
actually dla sebenarnya nak makan piza
hahahahahha
macam tau2 je dia kan
bila tanya macam mana tau bb nak makan piza nie
ngam slumber jer dia jawab
bini abie mestila tau apa seleranya
aisehmen
actually kan
ni bukan yang pertama terjadi tau
selalu jer dla berbunga2 ayat mesti dia tau apa dia nak
mungkin betulla ni lah dikatakan jodohkan?????
hopefully we're together till jannah 
insyaallah amin...

okey 
to be continued yeh
nah sambung keja nie
salam
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails