Monday, October 21, 2013

ayah ibu bapa mama daddy papa mamy

Assalammualaikum waw
selamat petang rakan sekalian
entry kali nie nak crta pasal orang tua
memandangkan seminggu dua ni asyik merindui arwah ayah saya
sesiapa yang juga follow fb dla pasti dah nampak picture nie yang dla post last week
kesan dari rindu yang mendalam
Ulang ayat kat fb :
Gambar pengubat rindu saya di opis~

Pada mereka yang masih punya bapa, punya mama, hargailah mereka selagi mereka masih bernyawa..

Miss you daddy.. tak kiralah apa mereka mahu cakap tentang adek.. Cukup DIA yang tahu~
 
sesungguhnya aku sangat merindui insan ini
dia bapaku yang banyak mengajar erti kehidupan
namun sedikit penyesalan kerana tidak menghabiskan masa2 terakhirnya bersama
seandainya aku tahu dia akan pergi pada ketika itu
biarlah segala persiapan perkahwinan itu aku belakangkan
dan utamakan untuk melayan dia
jadi sebagai pedoman kepada anda semua
sila habiskan masa anda bersama orang tua anda
ya sudah pasti dan sememangnya kita perlu ada kehidupan dan kerjaya
setiap hari perlu mencari nafkah
untuk dirimu keluarga mu dan juga kepada orang tua ini
tapi apa yang aku pelajari dari pengalaman kehilangan seorang bapa ialah
mereka memerlukan perhatian sepenuhnya
mereka tidak mengharapkan wang dari gaji kita
mereka tidak minta kita hanya ingat mereka
tetapi mereka perlukan perhatian kita
 
dari pengalaman perit ini
kini aku sentiasa menghabiskan masa bersama mama pada hari ahad
namun begitu hari-hari bekerja dan walaupun tidak serumah lagi
telefon mereka hari-hari
dan selang 2 3 hari aku tetap balik ke rumah jenguk mama
biar tiada penyesalan untuk kali keduanya
 
1 lagi yang aku pelajari
bila orang tua kita berkata sesuatu yang mungkin kita tidak suka
sesuatu yang boleh mendatangkan marah
sila jangan "tengking" mereka
kita tak tahu ajal mereka
saat2 akhir mereka itu pasti akan menguji kesabaran kita
jika mereka buat sesuatu yang kita boleh marah dan hilang sabar
please please please
jangan terus marah mereka
cuba ckp elok2
kalau dulu ya mungkin saja aku tidak berfikiran matang
dan terus merajuk jika ditengking
sekarang alhamdulillah
dengan izinNya
aku mempelajari semua ini dan memperbaikinya
 
sila ingat
jangan marah mereka
balaslah segala kata mereka dengan kata-kata gurauan yang terselit maksud yang ingin kita katakan
insyaallah keadaan akan pulih semula hendaknya insyaallah
 
aku pernah dengar kata-kata seorang ustad
dia kata walau apa sekalipun apa ibu bapa kita kata
betul atau tidak salah atau benar
sila "IYA" kan saja kata-kata mereka
diulangi kataku tadi, kalau nak jawab
sila jawab dalam nada yang lembut atau bole saja dengan senda gurauan
 
apa yang aku katakan harini adalah untuk peringatan kepada diriku sendiri
dan juga insyaallah dapat memotivasikan juga kawan2 sekalian hendaknya
yang baik dari kata2ku bolehla diikut
jika salah sila abaikan ya
 
apapun sayangi orang tua kita ya...
banyak pengorbanan mereka
cuba bayangkan terbalas sudah ka segala pengorbanan itu??
bagiku, tidak akan mampu aku balas segalanya....
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails