Wednesday, October 16, 2013

Di Mana Silapnya...

Assalammualaikum sahabat pembaca
Semoga kalian semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berada dalam lindunganNya 
Insyaallah
Dikesempatan ni juga nak ucap Salam Aidiladha buat semua rakan semuslimku

Harini nak share cerita lagi
Ada story yang membuat hati ini mahu berkongsi cerita yang boleh membuka fikiran kita hendaknya
Seperti yang korang tahu, aku ni dah lama pun melibatkan diri dalam bidang perniagaan kan
korang sendiri tahu bermacam-macam bisnes aku buat
darilah berjualan di gerai hinggalah internetnya tak lupa juga segala servis yang aku sediakan
rasanya dari perhitungan aku, hampir 4 tahun aku bergiat aktif 
(tidak termasuk perniagaan sampingan ketika melanjutkan pelajaran suatu ketika dahulu)
namun aku masih di sini dan masih begitu sahaja
maksud aku, aku masih berada dalam keadaan yang sama
(andai kamu mengerti apa yang ingin aku katakan)

Mungkin masih samar-samar apa yang ingin aku katakan tentang diri aku
mungkin korang masih tak faham apa maksud aku 
 biar aku bagi 1 keadaan sebenar yang membuat aku sedar bahawasanya aku masih "begini"

di Sandakan nie ada seorang adik yang juga merupakan adik kepada kawan sedarjahku dulu
dia seorang yang cantik pada pandanganku
baru berumur 19 tahun
apa yang aku tahu tentang budak ini,
ketika dia baru sahaja habis SPM dia kerja di sebuah kedai menjual barangan kek
dan entah berapa bulan seterusnya dia tidak bekerja lagi disitu 
tapi mengambil tempahan kek hanya dari rumah nya sahaja
aku salah seorang pelanggan setianya
ada lah dalam 3 4 kali dah order dari dia
beberapa bulan berikutnya dengan azam yang tekad 
dia mampu membuka sebuah kedai kek yang dihiasi indah dengan tema vintage
Aku cukup bangga dengan adik ini
Dia bermula dari bawah
dan mampu juga aku katakan dia bermula dari kosong
dari minat hinggalah menjadi 1 punca rezeki buatnya
Alhamdulillah dan Tahniah aku ucapkan

Aku sentiasa dapat melihat perkembangan adik ini melalui muka bukunya
dan apa yang membuatkan aku lebih bangga dengannya
dalam tempoh 2 bulan kedainya beroperasi
dia sudah punya kereta, malahan kereta bukan buatan Malaysia seperti yang aku pandu 

Dapatkah kalian berasa bangga, kagum dan mungkin juga berfikir seperti apa yang aku fikirkan
Mampukah kalian mengubah kehidupan anda menjadi baik dan lebih baik??
Mampukah anda berada di Zon Selesa???
Kepada mereka yang sudah berjaya dalam bidang kerjaya anda, perniagaan anda,
Tahniah!! Anda sudah berjaya

Tapi tidak bagi aku...
Aku sudah hampir 4 tahun berniaga
Dari berhenti kerja kini kerja semula
Dari bisnes makanan ke tudung ke pelaminan ke fotografi
tapi aku tetap begini
tiada apa yang bisa dilihat dari hasil titik peluh aku
Belum lagi mendapat duit gajian
aku sudah merancang dah mengagih2 duit itu untuk bayar kereta, umah, air, letrik, makan, minyak kereta dan sebagainya....
tiada hasil dan simpanan yang boleh dibanggakan
lalu hari ini aku berfikir
di mana silapnya
sehingga aku tidak mampu berjaya seperti Dia Kamu Mereka !!
Di Mana Silapnya..
Namun sehingga jari ini terus menaip dari kata hati ini
Aku Masih Tidak Mampu Mencari Jawapannya

Aku masih tidak mampu mengubah kehidupan aku, keluargaku menjadi lebih baik
Aku masih dibelenggu hutang
Aku masih takut melalui jalan yang mendatang

Apapun aku akan cuba untuk mengubah nasib diri dan kehidupan yang mendatang
Selagi diberi kesempatan untuk menikmati alam ini...

Insyaallah....

3 comments:

eyra Awang said...

sis, as u know suma ni ada hikmahnya. Mungkin lum smpai rezeki sis mau dpt apa yg sis impikan. but at least u still work harder to get a better life. Insha Allah ats usha n tawakal, sis akn bjaya jg tu nnt. Sama2 kita berdoa... amin... =)

Nor Adzwaty Rokkafella said...

in sha allah...sudah tertulis di loh mahfuz rezeki kita...jgn risau...pasti ada...cuma cepat lambatnya saja yg mjadi beza...

apa2pun...jgn pernah putus berdoa agar sentiasa dilimpahi kurnia dariNYA...

kita cuma insan biasa...yg penting jgn pernah putus asa...kawan2 mu ttp berada di sekelilingmu utk memberikan sokongan, suamimu, keluargamu...fikirkan tentang mereka...pasti ko akan bersemangat balik...percayalah...

Nor Adzwaty Rokkafella said...

in sha allah...sudah tertulis di loh mahfuz rezeki kita...jgn risau...pasti ada...cuma cepat lambatnya saja yg mjadi beza...

apa2pun...jgn pernah putus berdoa agar sentiasa dilimpahi kurnia dariNYA...

kita cuma insan biasa...yg penting jgn pernah putus asa...kawan2 mu ttp berada di sekelilingmu utk memberikan sokongan, suamimu, keluargamu...fikirkan tentang mereka...pasti ko akan bersemangat balik...percayalah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails