Tuesday, July 10, 2012

mimpi yang tak sudah

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah



saje je nak post nie kat blog 
boring2 tak de keja kat opis, layan hati...
tetiba terngiang2 lagu nie plak
so saje je la duk nak kata pasal nie..
mimpi yang tak sudah


seringkali kita sebagai manusia ni diuji olehNya
Aku tahu Allah menguji semua ini sebab Allah sayang kita 
DIA nak kita sentiasa ingt kat DIA
minta doa kat DIA
aku percaya DIA sentiasa ada dekat kita besar mana sekalipun masalah yang kita hadapi.
sebab DIA sentiasa tolong kita ringankan masalah kita bila kita BERDOA
itu tandanya dia sayang akan kita
namun sebagai manusia yang menjadi pelakon di pementasan dunia ini
pasti seringkali juga ALPA 


berbalik kepada lagu nie
kadang kita juga alpa dengan kata janji kita pada insan lain bukan
ketika indahnya alam itu pasti ada janji kita


ingtlah, kita manusia yang cukup tak punya apa kuasa sekalipun
walau kita berjanji nak buat itu buat ini
tapi bila sudah terleka..terlalai
segalanya akan berderai juga


ada baiknya jangan lah memberi harapan
jangan sesekali 
bila harapan itu musnah,
cukup derita untuk insan itu menanggungnya
sakit....
biarkanlah kita lalui hari kita dengan apa yang ada dan cuba meningkatkan prestasi dengan impian dan bukannya harapan...
tak salah kita punya perancangan nak buat apa sekalipun
cakap saja apa yang mahu kamu lakukan tapi bukan dengan memberi harapan yang tinggi 
kerana kita tak tahu mampu melaksanakannya atau tidak


hope semua bole faham apa yang aku maksudkan ini
kalau tak
cuba nyanyi lagu ni 2 3 kali
then cuba faham maksud ayatnyer...







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails