Tuesday, July 10, 2012

A.K.U - aku

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi.. daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas

hah... tu yang dikatakan tentang aku dalam ramalan dari tarikh aku
walaupun kita tak bole nak percaya benda macam ni yang mungkin bercanggah dengan ajaran agama islam
tapi sekadar mencuba. jika ada yang berkaitan maka jadikanla ia satu petunjuk untuk kita menjadi diri kita yang lebih baik dari sebelumnya

dari apa kata di atas ini, boleh ku katakan 100% adalah benar mengenai diriku.
aku memang seorang yang rajin tapi dalam kerajinan ku itu aku seorang yang degil. memang keras kepala. 
aku akan cuba buat hal ku sendiri dan saat itu aku 'pingin' ruang untuk aku sendiri
biarkan aku sendiri. aku akan menjauhkan diri ku dari sesiapa sekalipun jika keadaan sudah membuat aku jadi bingung. 

tentang membantu kawan dan keluarga itu sudah menjadi satu tabiat aku. buktinya aku bantu angah dan mama membangunkan restoran mereka walaupun aku tak korbankan yang banyak2 tp sudah cukup aku turut menghulurkan 2 tangan ini dan seluruh anggota badanku tiap hari berada di sana. padaku keluarga lah yang utama. tentang rakan pulak. aku akan bantu sepa juga yang aku anggap kawan tapi mengapa "kawan" ini seringkali hadir ketika mereka lagi susah... saat mereka tak punya teman mereka hadir dan ketika mereka sudah ada teman lain maka aku dilupakan.. kadang sms tak dibalas.. tapi bole tau keaktifan dorang dengan orang lain. ada 1 kisah di mana aku begitu banyak membantu seorang teman ini. (cukuplah aku menggelarnya di sini sebagai teman) cukup aku membantunya..sentiasa.... tak pernah aku berkira, tak pernah ku lupa..segalanya bersama...suka duka
namun segalanya telah berubah sekelip mata saja..bila dia memperburukkan aku pada orang lain.saat aku mengetahuinya, ketika itu juga aku mula tawar hati mahu bertemannya. aku bukan mahu memperburukkan dia namun ku ceritakan semua ini sebagai peringatan kepada diriku dalam memi9lih kawan dan sebagai pengajaran kepada semua yang membaca.

sabar???? susah juga aku mahu kata
adakah aku seorang yang sabar..
rasanya belum cukup sempurna untuk digelar sabar itu..
bila amarah menguasai jiwa
aku juga kurang imannya
pasti akan keluar juga perangai jahatnya
ya aku mengaku aku seorang yang jahat...
kadang bila hilang sabar, aku terkasar pada orang tuaku..
pada tunangku...
ya aku punya banyak dosa pada mereka..
namun syukur alhamdulillah
selepas menyedari kesilapan ku
aku akan cuba buat yang terbaik agar keadaan kembali baik
sesungguhnya aku masi belum mampu mengawal diri dari marah...
tapi ada dalam situasi lain
aku juga mampu bersabar
bila ada sesuatu yang berlaku diriku seperti masa laluku
saat itulah aku bersabar
aku sudah belajar dari kesilapan
kalau aku tak bersabar
tidaklah aku mampu bangun kembali
berjalan kembali setelah jatuh yang teruk suatu ketika dahulu
cuma itulah kehidupan, kadang akan jatuh juga semula bukan?????

pada mereka yang ingin tahu sifat anda..
cermin2 lah diri anda
hadapkan diri anda di cermin
tanya pada diri anda
siapa diri anda... bila anda mengetahuinya cuba tanya pada mereka yang lebih matang mengenai diri anda
insyaallah mereka akan membantu..


~ aku ingin jadi helang ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails