Saat aku lagi menangis,
tiada tangan yang membelai pipi menghapuskan air mata ini
saat aku lagi perlukan kasih,
tiada pelukan yang membiarkan aku tenang disisinya
saat aku lagi keseorangan,
tiada seorang pun yang datang menemani aku
saat aku lagi kesakitan
tiada pertanyaan khabar yang ku terima
saat aku lagi terjatuh
tiada yang membangunkan aku semula
saat aku lagi terluka
tiada yang mengubati sakitnya
biarlah segala saat ini aku laluinya sendiri kerana bagiku tiada yang abadi......
No comments:
Post a Comment