Assalammualaikum w.a.w
apa khabar rakan sekalian
semoga hari2 anda sentiasa berjalan dengan baik
Pasti semua sudah tahu akan nasib yang menimpa kami sekeluarga
yang mana, ayah ku Hj Mohamed Fajeer bin Awang Besar yang baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke 60 tahun pada 30 Disember lalu telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 8 Januuari 2013, 4 hari sebelum aku diijabkabulkan.
Di sini dla ingin mengucapkan berjuta2 terima kasih kepada yang datang menziarahi dan banyak membantu kami sekeluarga. Dari arwah di hospital hingga ke tanah perkuburan. Ramai yang tanya, Arwah sakit apa, macam mana arwah bole pergi tiba-tiba.. dan tak kurang juga yang berkata arwah pergi kerana memikirkan hal perkahwinan anaknya.
Bagi aku yang bertubuh kecil yang tak punya kuasa apa sekalipun dalam berbicara ini, aku hanya mampu berkata, "ini semua ketentuanNya, ini Takdir Allah"
Ya, kamu semua yang memeluk aku, yang menghantarkan pesanan ringkas mengatakan kamu memahami keadaanku, tapi boleh aku katakan bahawa kamu sebenarnya tidak mengerti apa yang aku rasa.
Arwah pergi ketika aku ingin menikmati hari bahagiaku. Arwah begitu banyak impian yang mahu dilakukannya untuk acara perkahwinanku. Arwah mahu menyanyi, Arwah sendiri yang mahu mengahwinikan aku.
2 Minggu sebelum arwah pergi, cukup banyak yang dia ingatkan kepadaku. Balik2 dan berkali2 dia menyoal aku tentang persiapan perkahwinanku. Itu mcm mana, ini sudah ready kah, bila mahu berlatih menyanyi, kawan2nya sudah jemput ka.... semua itu ditanyanya kepadaku.Tak sangka, segala persiapan 4 bulan sebelum berkahwin ini telah mengubah segalanya hanya dalam masa seminggu. Semua aturcara majlis perkahwinanku berubah tapi aku sangat2 bersyukur yang mana, segala yang terjadi untuk majlis aku cukup memberi kesedaran yang betul2 membuka hati dan mata ini utk melihat dan menilai setiap perkara.
Aku mengaku, dalam tempoh 4 bulan persiapan perkahwinan ku, apa yang dirancang agak menelan kos yang agak tinggi. Segala keperluan perkahwinan yang aku mahu semuanya mahal-mahal.Bagiku perkahwinan itu hanya sekali. Baju tempahpun aku mahu yang belum pernah orang pakai, Pelamin pula mahu yang besar2 dan design dari seberang. Hiasan semua nak yang ikut ala-ala kahwin orang kl.
Tapi, bila arwah pergi pada minggu yang sama aku berkahwin. segalanya berubah.Aku sangat2 bersyukur bila semua yang terjadi telah mengajar aku dan ayat baru pula yang terbina dari hati ini - " Perkahwinan yang membazir adalah dilarang., dan tak membawa faedah apapun". Mungkin kamu tidak mengerti maksudku tapi apa yang boleh aku jelaskan di sini, tak perlulah membazir pada hari perkahwinanmu kerana membazir itu dilarang dalam islam. itu pertama, ke2nya dengan apa yang kamu keluarkan wang untuk persiapan yang akhirnya tak memberi apa faedah sekalipun. Semasa perkahwinanku, aku telah membatalkan sewa baju pengantin. baju nikah yang aku pakai, itulah baju yang aku pakai ketika duduk di persandingan ku. Lagi jimat, baju pun design sendiri, so jimat 500 bukan???? ini sebagai contoh kecil apa yang aku jimatkan dari permulaan persiapan perkahwinanku.
Terlalu banyak perubahan dari segi persiapan dan rasanya tak perlulah aku ceritakan semuanya. Benda2 macam ni bukan aku saja yang terlibatkan??? Yang penting aku sangat bersyukur. Kejadian ini cukup mengajar aku untuk hidup besederhana. Menghormati dan ya, pegangan arwah betul2 membuatkan aku yakin akannya. Kata Arwah, mengalahlah untuk menang. aku cukup mengalah dan biarlah semua itu kita tggu hasilnya. Allah Maha Adil bukan???? Pasti Allah menyembunyikan sesuatu di sebalik semua ini.
Majlis perkahwinan aku tetap diteruskan kerana semua persiapan, jemputan dan segalanya sudah terjadi. Nak tunda pun akan menyusahkan lebih ramai orang. Seperti pesan Arwah, jangan pernah susahkan orang lain. Nak tahu, hingga hujung hayat arwah, dia tidak menyusahkan orang. Perjalanannya cukup mudah tanpa menyusahkan sesiapa pun. Ini lagi salah 1 kesan pemergian arwah. Aku belajar untuk hidup berdiakari dan tak perlu meyusahkan orang lain. Sepanjang arwah hidup, yang aku tahu dari ahli keluarga, arwah tidak pernah menyusahklan orang dan semua dia lakukan sendiri. Masa Sekolahnya pun, yuran dia cari sendiri wang untuk membiayai pengajian. Hingga nafas terakhirnya, tiada yang disusahkan untuk menguruskannya.
Mungkin kamu kurang faham apa yang aku katakan di sini kerana amat sukar untuk aku menghuraikan kisah pemergiannya yang begitu mudah dan segera saja. Tanyalah pada sesiapa yang hadir di hari pemergiannya. Mungkin kamu akan mengerti. Arwah meninggalkan kami selepas solat zohor dan dikuburkan selepas solat asar pada hari yang sama. Cuba bayangkan hanya berapa jam jenazahnya diuruskan.
Orang2 yang hadirpun, lebih dari apa yang kusangkakan. Penuh rumah, penuh kuburan. Malah ada juga insan2 yang seperti sukar dipercayai datang membantu kami sekeluarga. Sebagai contoh, pemilik2 restoran india di Sandakan ini, boleh dikatakan semuanya datang ke rumah dan kubur malah ada yang membantu menggali kubur arwah. Dari apa yang aku katakan ini, mampukah kamu mengerti apa yang ingin aku katakan????? Berbuat baiklah kita sepanjang mata kita masih mampu terbuka dan anggota badan kita masih mampu melakukan segala suruhanNya. Arwah banyak membantu orang ramai sepanjang dia berkhidmat dengan kerajaan dulu dan arwah sentiasa melayan, menegur, menyapa, menziarah, membantu ramai orang tak kira dikenalinya ataupun tidak.Lalu semua orang pun ingat akan jasanya hingga di hari pemergiannya mereka datang dan turut berduka sama seperti apa yang kami rasai.
Ramai yang memberi sumbangan hingga kami pun kurang mengeluarkan ongkos dalam menguruskan jenazah arwah. Pasti semua tahu arwah juga seorang pendakwah yang mana arwah menyampaikan dakhwahnya melalui puisi2nya dan ada juga arwah dijemput dalam membahaskan isu2 dahwah dalam ucapannya, ceramah dan sebagainya. Arawh juga oranng yang telah membuka cadangan dan memajukan tanah perkuburan islam batu 10. Arwah pernah berkata padaku, bertanya padaku.... Kenapa kuburan orang cina dan orang kristian lebih teratur daripada kuburan orang islam.
Aku ingat lagi, masa arwah cuba mencadangakan tanah perkuburan itu, siang malam arwah buat kertas kerja.mmmm rasanya masatu aku sudah sekolah menengah. Dan tak terlepas dari dugaan juga, macam2 masalah juga arwah terima untuk menjayakan projek tanah perkuburan itu. Dan alhamdulillah ia berhasil. Dan bagai aku tidak percaya bila mendengar ada orang yang berkata, Biasanya kalau kami korek tanah di sini nie susah. tanah keras.... tapi bila untuk arwah semua senang..... Alhamdulillah....... Mungkin tanah ingat jasa arwah pada tanah itu.... tanah yang dibiar kosong kini dijadikan tanah perkuburan orang islam hasil usahanya bersama rakan2nya yang lain. Alhamdulilllah....
Pernah kamu mendengar kisah2 orang yang meninggal punya banyak masalah ketika dikuburkan??? Sebenarnya aku tidak begitu mempercayainya. Seperti yang kita boleh tonton di tv, cerita tanah kubur.. Jika kita berbuat amalan soleh makan bila kita pergi menemui Allah, perjalanan kita mudah dan tak punya masalah.. dan begitu juga sebaliknya. Tapi dengan pemergian arwah ini, baru aku sepenuh hati mempercayai semua ini bahawa amalan kita bukannya dibalas ketika berada dlm kubur tetapi sebelum dan mungkin juga semasa kita masih bisa bernafas ini......
Kini sudah 23 hari arwah meniggalkan kami tapi susah untuk menerima hakikat ini. Bayangkanlah masa aku di akad nikah. betapa sedih kami sekeluarga. sepatutnya dia ada mengahwinkan kami. Dan dia menyanyi di dewan dan dia yang merenjis aku di pelamin... Kesedihan berlarutan....Seperti majlisku bukan majlis perkahwinan.... Tapi aku terima semua ini, dengan rela hati......
Cumanya dugaan tetap ada sepanjang perkahwinanku.Contohnya masalah bertukar wali. Punya sangat2 susah menguruskan pertukaran wali ni. kami di sana mau 2 hari menguruskannya. Memang dari awal pun kami dah dengar dari mulut2 orang yang susah nak handle bab2 kawen ni kat jains.... MMMMm ramai orang komplen...anda penah dengar ke orang merungut pasal nak setel hal2 kawen dan cerai ni??? bukan nak kata apa la kan.... pekerja sana pun kurang, then tak da sistem..bukan aku nak memandai la kan. dan tak nak la story lebih2 tentang kat sana... takut melibatkan orang lain pulak... tapi kat kaunter pun tak de orang.... si cuba korang bayangkan hal yang lainnyer pulak k... aku tak nak la story banyak hal ni... cukup korang tahu yang memang susah nak setel bab2 kawen kat sana... abang2 ku sampai mengamuk tau...sikit tebalik bangunan tu (acah je)
oklah... sampai sini saja dlu.... kosong dah otak tak tahu nak hurai pe lagi....
nanti sambung k....
assalammualaikum...
No comments:
Post a Comment