Monday, July 16, 2012

Transformasi....

bad monday
nah  memang la kalau hari isnin hari yang kita tak suka
kalau aku memang tak suka sebab keletihan dan kepuasan nak rest tu tak cukup langsung
pagi nak bangun payah sangat nyer
pastu malas nak pki baju keje
nak setengah jam berdiri depan almari baju dok pilih nak pakai baju tang mana
aku lagi yang jenis nak pakai baru iron nie
semestinya nak pakai baju yg tak yah iron
kan malas nak iron tapi silapnya
tudung pulak yang kena iron kan
kalau nak iron hujung minggu 4 all clothes tu jan nak mimpi la
mmg tak ada masanya
selalu macam tu
besanyer isnin ke jumaat tu
mmg sure aku dah pikir nak wat pe hujung minggu
banyak la nak wat nyer
nak kemas bilik la
nak menjahit la
nak urus bunga la
last2 mmg tiap mggu tak akan terbuatnyer
dek kerana sibuk dengan hal lain yang tiba2 tue
sama la kes macam minggu lalu
aku mula2 dah fikir nak ubah kedudukan bunga aku
memandangkan dah banyak ni anak bunganya yang kena pindah pasu
last2 aku sibuk p kenduri, tgk kak ipar aku kad wad dan p dengar ceramah sham kamikaze
ceramah tu 2 kali aku pi
sekali waktu petang dan sekali lagi waktu malam
aku ada cite kat abang aku pasal dia nie
bab alang kalau pasal2 agama ni mmg join
tp kali ni dia tak join
bila aku tanya dia kata si sham tu wahabi
alang ndak kan pi
pening juga aku pikir wahabi tu apa
dia suh aku search kat pacik google ni cek apa tu wahabi
bagi pemahaman aku la kan
walaupun cara amalan dorang dan penyampaian dorang len
tp bagiku tak ada masalah kot asal aku dengar yang membagi ceramah tu tak sebut hal2 yang bercanggah dengan ajaran islam
macam sham tu
bagi ceramah ok jer
at least adalah input aku leh amik sikit2 kan
paling aku suka bab bila dia kata yang
"perempuan ni yang wajibnya tutup aurat, bukan wajib pakai tudung"
hah aku suka dengar tu
ye la
aku sendiri pun belum lagi jadi muslimah yang baik dan betul
sebagai contoh
aku ni pakai tudung tapi pakai baju masi nampak lengan
bukankah itu tak patut berlaku???
heheheheh
so dari forum2 macam ni
sedikit sebanyak buat kita sedar dan ubah jadi yang lebih baik kan
kalau korang masi ingat la kan
dulu aku ni orang kenal pakai tudung lilit sana sini
macam hana tajima
kalau tak kenal sepa hana tajima
meh aku kata pulak
fesyen tudung macam yuna
hah tu semua orag dah tau fesyen tudung macam mana aku pakai kan???
dlu masa zaman aktif aku jadi "gurls" nie aku giler fashion sikit
memandangkan aku ni jual tudung
so mmg kena arif sikit la ttg fesyen tudung ni kan
tambah lagi minat
so beberapa bulan (nak setahun rasanya)
mmg dla aktif pasal fesyen muslimah ni
tambahan pulak dlu dia salah seorang admin yang urus hijabers community sabah aritu kan
so ceritanya macam nie
dla sangat2 la "ketagih" nak ubah2 fesyen tudung nie
hingga sape yang perasaan pasti tau yang dla ada buat tutorial cara nak pakai pashmina, shawl dan segalanya
dah mmg minat mmg akan ketagih laaa wat tu
rasa mcm ada 4 5 tutorial dla buat
tapi segalanya terhenti
hehehe
kadang ada juga niat di hati nak teruskan buat tapi fikir juga
sampai bila nak tayang diri ni
memang la kita punya niat nak "fameskan" barang kita jual
mcm dla, dla nak promote tudung yang dla jual
sebab tu dla buat semua ni
tapi bila dla fikir pulak dari segi agam islam nie...
mmmmm mana yang lebih penting??
nak pahala ke nak fames?????
dla tepuk dada ni tanya selera dla
mmg keinginan nak fameskan barang
nak orang cepat kenal dla dan produk jualan dla
tapi mungkin iman masih ada, syukur ke hadratnya
dla stop semuanya....
bukan nak tunjuk baik, alim segala
tapi cuba kita fikir la
ini dosa yang kita nampak, kita bole ubah
cuba dosa lain???
dan mungkin juga dosa yang tak kita nampak kita buat???
(hope korang faham)
tak mustahil la kita kat dunia ni tak ada buat dosa kan??
manatau dosa lain tu dosa besar yg kita tak tau sebenarnya
yang ni terang2 kita dah tau, alah dosa nie
jan buat la...
so bila hati dah kata jan buat maka jangan lah
sebab benda lain ni mmg susah nak ubah jadi trs baik...
(ni semua dari pengalaman dla)
so sekrang dla dah tak da wat tutorial, mmmm hijabers pun dah kurang,
tudung lilit pun jarang2... sekarang ni dla pakai tudung men masuk jer...
walaupun adalah kawan2 yang superb beauty ni yang berkata..
"aduina bah dla, ko pki tudung begini cam macik2 sudah kau ni tau"
:) senang je aku jawab...
ya bha kan..cam orang tua sudah aku nie.. tp tu la selesa bha aku pki begini
hah kan diam dorang :)
tak kisah la dla macam macik sekalipun
dah memang usia meningkat kan????
tak makin muda tau..
alhamdulillah juga dla pun ada lah 2 3 helai tudung yang tudungnyer tutup paras dada..
selesa sangat..tak yah nak risau pa pe...
memang dla bahagia macam nie
tak yah nak risau.. "adui selendang ku senget" "nah jatuh peniti tdung ku" "alah tudung ku ni nampak leher plak"
nah tu la keluhan2 aku dlu masa pakai tudung ala2 yuna tu tau......
:) sesapa yang sama "jalan" ngan aku pasti tau apa maksud segala ni insyaallah...
tapi apapun, nak bagi penjelasan kat semua yang baca nie...
apa yang dla tulis kali ni bukan nak perli sape2 atau nak info kat sape2 ttg transformasi aku nie
tapi just nak SHARE bab im proud to myself..
aku nak story kat mana lagi kalau bukan blog kan??
takkan nak jumpa sape2 then g bagtau kat dia
"ehh aku dah macam ni tau" hah tu takbur dah tue :)
so pada sesapa yang nak bertudung sebab fashion tu tak pe..
teruskan saja, dla menyokong...
dla pun macam tu juga.... tapi alhamdulillah pasti ada cahaya yang akan menyinari kamu nanti agar kamu nampak jalan benar :)
insyaallah amin..............................

nie seri wajah dla arini :)
black n white for monday!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails