Ujian pada bulan ramadhan ini
insyaallah dla akan "tamat" berkhidmat sebagai kerani kat Andamy nie
setelah 2 tahun lebih bertahan akhirnya aku mengalah
Mungkin sudah cukup la segala dosa yang ku tanggung selama aku berada di sini
tak habis telinga ini mendengar umpatan
tak cukup2 mulut ini turut mengata2
akhirnya aku keluar dari lembah jahat ini
dan paling penting ndak la aku berdepan lagi dengan perempuan itu
semoga Allah memberi hidayah kepadanya seperti mana Allah telah membuka pintu hatiku untuk mencari rezeki di tempat lain
padahal aku dah janji kat ancoi yang aku akan berhenti selepas menjadi isterinya kelak
mengikut kemahuannya
dia tak mau aku kerja lagi dan bila dah ada anak
dia mahu aku yang jaga bukan diasuh oleh orang lain
tapi maafkan aku atas keegoan ku ini
kekerasan ku mungkin membuat kau kecewa
tapi yakinlah segala yang terjadi ini adalah ketentuanNya
dan semestinya ini jalan takdirku
aku mengerti maksudnya untuk aku terus bertahan di sini
ya, kita tak punya wang nak bayar 9114p dan rumah
tapi jangan dirisau
selagi tubuh badan ini sihat
akan aku usahakan
akan aku usahakan
akan......................
insyaallah dengan izin Allah, pasti segalanya punya jalan
rezeki Allah ada di mana2 bukan
dari kita mahu berusaha atau tidak
insyaallah
insyaallah
aku berdoa agar ujian Allah ini akan menjadikan aku lebih matang, lebih berani dan lebih bijak dalam menilai sesuatu
aku juga mohon agar aku akan menjadi sedikit lebih baik dari yang sekarang dan akhirnya baik yang banyak
memang benar selepas aku membuat notis pemberhentian kerja tu
aku cukup tekanan
kurang tido, kurang makan dan agak stress
walau sedaya upaya aku rahsiakan kegelisahan ini namun hati seorang ibu pasti bisa menemui kekelutan yang ku alami ini
mama cukup memberi kekuatan dan aku tahu dia pasti akan membantu aku
mama, cukuplah segala yang telah kau berikan...
jika diingat kembali, betapa banyak dosa yang aku lakukan
betapa juga engkau menyayangi aku
hingga kau menerima aku begini hanya kerana aku yang lahir dari rahimmu
tidak sanggup lagi aku menyusahkan dirimua mama......
doakan saja anakmu akan membahagiakanmu 1 hari nanti
sedih rasanya tak dapat nak bahagiakan orang tuaku
semoga selepas keluar dari tempat ini
akan melimpah2 rezeki ku dan segala jalan hidup ini berubah
insyaallah
so sesapa yang tahu ada lubang2 keja kosong kat mana2
plis inform me
pas je raya aku perlukan kerja
tersangat perlu.....
No comments:
Post a Comment