Wednesday, July 11, 2012

akan adek tunaikan


nie salah 1 pic yang aku lekat kedai
then masa aku balik keja tadi
mama bagitau kat aku
ko tau dek
menangis jak bapa meninguk gambar mu nie...
masa mama stori nia ada nada2 marah la juga
then aku tanya kenapa pulak
"bapa bilang, rawan hatinya meninguk gambar mu ni..macam ko budak2 kunun di sini.."
 then aku terdiam jap
aku rasa aku faham apa maksud bapa
teringat pulak akan gambar aku masa kecik2 dlu...
kalau nak tahu antara kami adik-beradik nie
akulah yang paling banyak gambar
dulu bapa selalu cakap
tiap tahun tiap apa yang adek lakukan bapa mahu gambar
jadi bila sudah besar nanti
adek akan ingat macam mana adek dibesarkan
macam mana bapa dan mama sayang adek
ada sedikit rasa sebak juga sebenarnya
hingga balik je dari kedai
aku pulak yang menangis...
hinggalah aku nak coret tentang ni kat blog aku

bapa sejak dah tak kerja ni
selalu berfikiran banyak
termenung sana termenung sini
bila tengok muka bapa, mesti bole tahu ada kesedihan di hatinya
kadang tue ada juga ayat yang tak patut dikatakanna..

aku tahu bapa rindu akan saat2 aku kecil
aku juga begitu
bapa cukup sayang aku
manjakan aku....
hingga kalau dlu bapa g outstation aku tidur bawa baju bapa
dan balik2 mau bertelepon sama bapa
sampai mama selalu cite kat orang yang aku ni ngan bapa kalah2 orang bercinta
dulu kalau waktu makan pun mesti aku dan bapa juga yang makan berdua
memandangkan bapa yang amik aku dari sekolah dan abang yang lain sekolah pagi
maka kami berdua lah makan bersama
kalau bab makan ni aku teringat pulak dulu kalau makan ikan
mesti bapa yang kopekkan isinya
yelah aku kan cerewet..ada bahagian ikan yang aku tak suka makan....
pastu pas solat jemaah maghrib tue
mesti aku belajar mengaji sama bapa
syukur dari iqra bapa ajar hingga kini aku bole membaca al-quran
bapa pernah pesan, bapa mau adek pandai mengaji.....zaman sekolah pulak kalau mama tak bagi camping jauh2 mesti aku pujuk bapa suh sign jak supaya aku dapat pi..pastu mama mula lah marah bapa tapi aku faham bapa buat semua ni sebab dia tak mahu anaknya kecewa...

mungkin semua itulah yang membuatkan bapa begitu rindu akan aku yang dulu...

kalau dulu bapa jauh aku selalu call tapi sekarang kalau aku g mana2 aku tak pernah call dia
kalau dulu kami makan berdua tapi sekarang bapa makan sorang2 sebab aku sibuk ngan bisnes aku
kalau dulu kami solat jemaah tapi sekarang bapa solat sendiri2
kalau dulu aku mengaji mesti ada bapa di depan tapi sekarang aku baca sendiri2
kalau dulu mahu apa2 minta bapa yang bagi kebenaran tapi sekarang semua aku buat sendiri

kerana gambar ini
aku mula ingat aku yang dulu
padanlah bapa sedih sangat tengok gambar nie

bapa,
mungkin adek tak bole menjadi anak yang solehah
tapi akan adek tunaikan permintaanmu dulu
'bapa mahu tangan adek yang sambut bapa bila bapa tutup mata seperti mana tangan bapa menyambut kelahiran adek di dunia ini....
akan adek tunaikan bapa....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails