Wednesday, June 13, 2012

Carilah keredhaanNya

Assalammualaikum
apa khabar semuanya
hampir 2 bulan dla tak update blog nie
dalam hati nak juga update tapi tak ada kesempatan
nak update kat opis memang dah tak boleh sebab dla sekarang dah dipindahkan tempat duduk
bukan dinaikkan pangkat cuma dipindahkan kerana ada staff baru
tempat baru dla ni kecil dan sangat tak selesa
sempit dan bernyamuk
kaki selalu lenguh sebab kat bawah meja penuh dengan fail
bawah meja yang gelap punca dla selalu digigit nyamuk
dla kebiasaannya suka merungut dan bising sana sini komplen dengan apa yang jadi nie tp by this tak pulak dla dok sibuk heboh sana sini.
mungkin sebab dla dah tak da kawan nak story dan mengadu all dis. i guest so... yeah
actually hari dla diinform tuk dipindahkan tempat duduk adalah hari yang sama dla buat surat berhenti kerja
entah bila kena pindah tu dla rasa berat hati nak bagi surat
berfikir sangat, kalau lah aku benti, mcm mana nak bayar keta nie
mmmmm, pernah ku ajukan sekali pada seseorang
kenapa gajiku tak pernah naik.aku bukan demand
tapi aku punya kelulusan. biarpun hanya diploma tapi rasanya gaji biarlah up sikit dari yang sekarang ni
rasanya sudah berkali-kali dla cerita pasal gaji kat blog dla nie
bukan tak mensyukuri rezeki yang ada tapi keadilan itu tiada
masa ditanya pada seseorang itu, agak menyesal kemudiannya mulut ini bertanya pada dia
tahu apa jawabnya????
"berhenti lah, bisnesmu semua tu lebih dari yang disini"
apa kau takut aku terus berada di sini??
terancam kah dikau???
jika 1 hari aku berhenti sekalipun, bukan kerana aku mengalah padamu
tapi itu satu bonus buat diriku mendapat pahala daripada hari2 menyebut segala perbuatanmu
kalau bukan kerana dla fikir nak bayar kereta, nak bayar rumah, nak bayar yang lainnya
dah lama pun dla berhenti dan fokus pada bisnes dla

dla pun kini tengah berusaha nak jadi wedding planner
itu sudah menjadi impian dla dan cita2 dla sejak sekolah dulu lagi
semangat makin berkobar-kobar bila melihat kejayaan sahabat dla di semenanjung, Hanis Huzaini yang kini telah memiliki butik andamannya sendiri
dia mampu melakukannya
mengapa tidak bagi dla
dla sudah punya kekreatifan untuk membuat pelamin dan hantaran
cuma masalahnya di sini,
dla tidak pandai make up orang dan mendandan mereka
nak amik kursus pun dla tak tahu nak amik kalau sekitar sabah nie
nak amik kat kl dla tak tahu nak duk kat mana sepanjang amik kursus tue
Jika dla tahu di mana, saat itu dla akan berhenti kerja, amik kurus,
mendalami betul2 bidang ini dan berusaha untuk mencapai cita2 ini..
Hanya mampu berdoa kepada Allah agar satu hari diperkenankan impian dla ini
amin amin ya rabb
Dalam pada itu, dla sudah pun memulakan bisnes baru lagi yang mana dla ada menyediakan perkhidmatan membuat hantaran perkahwinan atau pertunangan dengan harga yang murah dan berpatutan.
Tema apa sekalipun dla akan cuba menepati citarasa pelanggan
jika berminat boleh menghubungi dla dan jika nak tengok hasil yang selama ni penah dla buat boleh lah like page dla dan sahabat dla iaitu " D'Label Craft "
Insyaallah kami dapat membantu anda sekalian

Minggu lalu, perkahwinan seorang kazen dla nie
tahniah buatnya..akhirnya kahwin juga dia
padahal dlu kami selalu berkata-kata
"kau dulu kawen, kau dlu kawen"
ingt lagi kenangan itu
semua kazen selalu cakap antara kami semua dla yang akan kawen dlu memandangkan dla yang awal diikat tunang
tapi alhamdulillah, dia kahwin lebih dlu
macam-macam kenangan saat dia sudah bergelar isteri orang
majlis yang sederhana tapi lengkap
segalanya ada dan cantik dilihat
betul dia menjadi permaisuri pada hari itu
cumanya, ada sedikit permasalahan sesama ahli keluarga
rasanya, setiap majlis perkahwinan pasti ada perselisihan faham kan...
belum pernah dla melihat majlis perkahwinan yang tiada masalahnya
pasti ada
daripada semua kejadian ni lah juga dla takut akan tiba majlis dla pula nanti
hal yang sama juga berlaku
punya banyak hati yang perlu dijaga saat itu
semoga dla mampu melakukan yang terbaik nanti, insyaallah amin....
bila berfikir pasal soal kahwin...
kenapa dla ada suka dan takut untuk fikir pasal kahwin nie
sepa tak suka kahwin kan
dapat pakai baju cantik-cantik
dapat digambar sana sini
besnya suasana itu nanti
tp apakan kekal suasana itu nanti
hari bahagia hanya pada hari itu saja bukan??
mampukah dla menjadi isteri yang benar-benar solehah dan benar-benar menjadi menantu yang baik??
dla tahu akan perangai dla
dla tahu akan kelemahan dla
dengan sikap pemarahku, sikap perajukku, sikap cemburuku????
sedangkan kini, dla begitu lemah dan tak mampu menghadapi segala dugaan yang mendatang
cukup aku diuji, cukup aku dicabar, cukup aku dipertaruhkan
dan aku mengaku ada kalanya aku kalah
tak perlu rasanya aku menceritakan segala apa yang pernah aku lalui kerana nanti dalam tak sedar aku telah membuka aib orang pulak
cuma kesimpulannya di sini,... aku benar-benar belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri..
semua orang tahu akan besarnya tanggungjawab pada sepa yang bergelar "ISTERI"
selagi aku tak mampu mengawal amarahku,
selagi aku tak mampu mendewasakan rajukanku,
selagi aku tak mematangkan sikap cemburuku,
selagi itu aku memang tak bisa menjadi isteri yang baik buat bakal suamiku..
dulu mungkin dla takut mahu ke alam rumah tangga kerana tak tahu masak..
ramai tahu dla tak pandai masak..
tapi pernah sekali aku mengubah kata yang selalu aku bicarakan itu (tak tahu masak)
ketika itu aku di dapur bersama tunangku
entah kenapa haritu aku teringin nak makan ketam
dan abie sama2 aku masak ketam..
tambah pula abie masakkan sup kegemaran aku... sweet corn soup... @_@
saat tu aku berfikir, gadis kampung sekalipun kenapa tahu masak sedangkan dorang tak pi sekolah
dorang tak tengok tv atau majalah masakan tuk sediakan apa2 masakan
dan sepatutnya aku adalah orang yang paling bertuah
mahu tahu kenapa?????
Nendaku seorang yang dikenali juga di sekitar kawasan kami kerana masakannya yang sedap ketika berjualan di pasar dulu dan berkantin di mps dlu... ramai yang memuji masakannya
itu yang pertama...
keduanya, ibuku...mengapa bukan aku menuntut saja ilmu masakannya
kini bunda sudah punya restoran...bukankah senang bagiku belajar masak dengannya..
aku ingat ramai yang suka akan masakannya..
wawakku sentiasa puji "Nan, termimpi-mimpi aku karimu, nanti masakkan aku"
alongku " mami jangan lupa asam pedasku ahh, petang ni along balik mau makan"
cucu mamaku "nenek masak sup ahhh"
pelanggan mama " rojak di sini sedap bha"
so apa lagi alasan dla tak pandai masak???
ilmu dah ada depan mata..
cuma masalahnya sekarang mahu dan tak mahu masak, malas dan rajinnya nak masak....
:) jadi masak bukanlah penghalang dla nak kawen lagi kan???
masalahnya sekarang cuma perangai dla...
apa perlu dla juga menuntut ilmu ikhlas seperti yang diceritakan dalam filem "kiamat sudah dekat"
ya Allah, semoga aku sentiasa mengingatimu saat orang lain menyakiti ku... Allah bersamaku..
doakan dla jauh lebih matang dalam  mengharungi hari yang mendatang ini agar dla juga boleh menjadi isteri kepada tunang dla... (dla pun nak juga naik pelamin :P )

Pelbagai sudah perkara yang terjadi patut menjadi ikhtibar dan menjadi panduan.
Patutnya kini dla sudah menjadi seorang yang jauh lebih tabah,
Berani dan tak lemah dalam menghadapi insan-insan yang menyakiti dla
ketika berfikiran sendiri, dla boleh jadi berani
tapi bila sudah berada dalam situasi disakiti
kemarahan membara-bara
sakit hati dla membuak-buak...
entah bila dla mampu mengawal emosi...
sebab itu dla post kat blog dla
sebab pada blog bila dla menulis, meluah begini..
sedikit sebanyak, terbuka juga pintu hati ini dan menenangkan hati....
Tapi apa yang terjadi dulu bukan menjadi alasan untuk dla disakiti dan diuji lagi bukan??
Tak mengapa, doa dla hari-hari membuatkan dla berfikir bahawa segala ini ujian dariNya agar dla sentiasa menginngatiNya tiap masa...
hanya perlu tabah..tabah..tabah....

korang ada rasa apa-apa perubahan atau tiada kesamaan dari sebelumnya ke tak tentang dla??
perasan tak dla sekarang tak post gambar lagi hari-hari..
hahaha
haritu dla buka album gambar masa kat uitm
ya Allah, kelakarnyer la perangai dla kan
gambar sana sini wat muka itu ini... adui malu
thats y dla jarang gambar dah..
gambar pun mesti yang untuk memory :)
alhamdulillah dah sedar anak bapa ni....

that's all for today,,,
penat pulak taip banyak nie
insyaallah dla akan cuba taip every week :)

have a nice day everybody,
carilah keredhaan sendiri kerana orang lain tak akan memberinya
Minta pada Allah... amin...

dan renungkanlah ini:

Jika mahu mendapatkn yang soleh,kurangkan agenda MENCARI si soleh, tetapi berusahalah MENJADI yang solehah.

Jika inginkan yang solehah,janganlah cerewet MENCARI yang solehah,tetapi berusahalah MENJADI si soleh.

Bertemu yang solehah,solehahnya dia belum tentu kekal.Bertemu yang soleh,solehnya boleh berubah..kerana si soleh & si solehah adalah insan biasa.

Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails