Monday, December 27, 2010

saya sayang ayah saya

dalam beberapa hari nie
aku rasa aku close sangat ngan bapa aku
almost tiap kali ada masa terluang je kat umah
rasanya aku ngan dad pasti berborak
omong kosong saja
banyak juga pengalaman dan kenangan dad cerita sama aku
kalau dulu aku tak pernah nak meluah apa2 ngan dad
tapi sekarang berbeza
begitu juga dad
banyak yang dia meluah dengan aku
rasa sedihnya, ketidakpuasannya...
kadang mengalir juga air mata kami
dan paling aku terasa sayu bila bapa kata:
"bapa senang hati sangat dapat berbual dengan adek macam nie,sekurang3nya tenang sikit hati bapa nie memikir semuanya"
ya,aku perasan itu
bapa tak punya siapa2 nak berkata2
mama sibuk dengan kerjaannya dan kesibukan itu kadangnya buat mama kurang nak bercakap
aku tahu kepenatannya di rumah mengurus semua itu
tak sesekali aku menyalahkkannya..
apa pun,
bapa tidak seperti dulu
waktu bapa kerja dulu dan belum menjalani pembedahan
bapa begitu tegas
bukan pada orang bawahannya, tapi pada kami yang juga anak2nya
kadang nak cerita dengan bapa dulu pun tak ada waktunya
bapa begitu sibuk
tapi kini
bapa dah tak macam dulu yang cepat marah
dan tegas
kali ini
bapa begitu teliti dan....mmmmm
macam mana aku nak ceritakan perangai bapa nie ahhh???
yang penting dia baik laaaaa
heheheheh
bukan nak memuji bapa sendiri
tapi itulah kenyataannya
aku bangga pada bapa yang telah banyka berkorban pada zaman bujangnya dulu
aku percaya, kalau ukan susahnya bapa dulu berkerja keras
aku tak akan hidup sesempurna ini sekarang
walaupun masih ada yang kurang tapi tetap bersyukur kerana titik peluh bapa tue la
aku bole tinggal di rumah batu,dapat naik kereta dan makan makanan baik...
alhamdulillah
bapa sekarang begitu sensitif
mudah tersentuh hatinya
dan hanya aku tempatnya meluah dan melepaskan segalanya
aku memang tak dapat berbuat apa sebab aku hanya anak perempuan
hanya 1 yang dapat aku lakukan
iaitu
senantiasa ada di sampingnya
biar dia rasa ada insan yang menyayangi dan menjaganya
memang sudah tanggungjawab aku
membalas balik pengorbanannya menjaga aku
dan 1 lagi yang buat aku rasa sayu bila bapa kata
sekarang waktu adek mengalami hidup susah macam mana
bapa tau sangat apa rasanya, bapa tau apa adek alami
cuma 1 yang adek perlu buat,
BERSABARLAH....
banyak2 berdoa pada Allah..ingat, DIA maha berkuasa...
kerana aku ingat pesan bapalah aku semakin yakin dan tabah menghadapi hari yang mendatang...
dan 1 lagi pesannya,
bila adek sudah punya partner life,jangan sesekali berkasar dengannya
jawab baik2 pertanyaannya, dan ada apa2 mesti minta kebenarannya dahulu
sekarang bapa tengok lelakinya tak macam bapa...
huhuhuhu
ayat bapa ini..
tapi aku tau sangat
bapa cakap begini dia tak mau anaknya dan bakal menantunya merasakan apa yang dia rasa selama nie
dan kerana sayang jugalah dia menasihati aku.....
engkaulah segalanya bapa!!!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails