Pada tajuk kali ini,
ia bukanlah hasil idea aku sendiri
aku dapat ayat nie dari buku kesayangan aku
"La Tahzan" yang bermaksud "jangan bersedih"
tiap kali aku rasa dibelenggu dan tidak tenteram
buku inilah mententeramkan aku
silapnya cuma, aku hanya memegangnya ketika aku dalam keresahan,dalam kebingungan...
aku juga manusia biasa yang alpa kekadangnya dengan kenikmatan dunia ini
seperti yang aku katakan tadi, ketika aku lagi susah pada buku inilah aku menenangkan diri..
bermakna,
kondisi aku ketika ini bukanlah dalam kegembiraan seperti biasa
Berada di luar rumah punya ada masalah,
Berada dalam rumah juga punya masalah
dan ketika itu, pasti kita memerlukan seseorang berada di sisi kita bukan???
jika mama ada di sisi ketika ini,pasti ku peluk dirinya
akan aku lepaskan keluhan yang sepertinya menyangkut keluar dari tubuhku yang lemah ini di bahunya..
malangnya, mama tiada ke kuala lumpur sempena konvokesyen angah...
Tahniah buat abangku......
ketika aku lagi resah sebegini di rumah,bagaikan tak tentu arah jadinya
ku sms pada yang aku rasa juga layak ada di sisi aku..
malangnya tak berbalas...
agak buzy agaknya...tak mengapalah
aku juga perlu memahami keadaan orang lain
dan ketika inilah, air mata aku mengalir deras rasanya
dada ku sebak
pantas aku beristighfar
alhamdulillah aku masih ingat pada ajaran wali ku...
dan ketika inilah,ada sedikit ketenangan aku rasa..
syukur padaMu, aku masih bisa mengawal diri walaupun sakit yang kurasakan bagai ada pedang tajam yang menyucuk ke dada ku ini
dan pada waktu ini jugalah aku mengambil buku kuning kesayangan aku ini
dan mencari tajuk yang sesuai untuk dibaca...
dan aku dapatlah ayat pada tajuk ini....
Jika tadinya aku hampa dan agak tertewas dengan apa yang mendatang itu
tapi tidak untuk kali ini
jika tadinya aku menoleh ke kiri dan kanan mencari-cari insan yang perlu ku rebahkan keluhanku
bukan untuk yang kali ini
cukuplah sakitnya aku rasa sampai detik akhir malam ini
biarlah esok yang mendatang sedikit pun tidak membayangi aku agar takut merasakan hidup
aku masih bisa berjalan dengan langkah yang perlahan walau patah kaki sekalipun....
kini baru aku menyedarinya:
hanya kita yang tahu apa yang kita mahu dan bukannya orang lain....
dan kecapilah apa yang kita mahu dari usaha kita sendiri dan bukannya hanya meminta
berhentilah meminta pada insan yang berulang kali memberi kerana orang lain akan terseksa ketika kita gembira setiap kali kita mendapatkannya
Manusia yang berlaku jujur akan sentiasa merendahkan dirinya yakni hanya mendiamkan diri
manusia yang berulang kali mengatakan sesuatu tentang orang lain yang sedikit pun tidak melakukannya adalah orang yang sebenarnya melakukan hal itu...(Baby_dla paling suka ini ayat)
*aku sedar bahawa aku bukan manusia yang layak mendapat sebarang pujian, dan aku sedikit pun tidak pernah minta dipuji tapi cukup sekadar mereka yang mengenali aku tidak MENGHINA aku dengan nasib yang melanda aku...*
*manusia tak akan pernah terlari dari melakukan kesilapan, begitu juga aku yang senantiasa lemah menempuh apa juga yang berada di depan aku*
*Aku juga ingin punya corak kehidupan yang pelbagai dan aku pasti kesempatan untuk mendapatkannya masih ada*
INSYAALLAH....
Bersandar seketika,
Dla Fadhilah Fajeer
*Masih punya hak pada yang aku punya*
No comments:
Post a Comment