Monday, November 1, 2010

3 CERITA.....

CERITA GAMBAR....
sepanjang hari nie,aku duk kat opis dan hanya menghabiskan masa aku dengan belajar edit gambar menggunakan photoscape dan melihat fb para photographer
nampaknya aku dah memang betul2 ketagih amik gambar yang "gila-gila" la nie
memang dari dulu suka amik gmbr tapi kali nie berbeza pulak
kalau dulu aku suka posing gitu gini nak org tangkap gmbr aku
but now aku suka amik gambar commercial
rasanya sekarang nie
banyak masa aku dihabiskan dengan amik gambar
ramai juga kenalan baru di fb
semuanya yang sama minat amik gambar
dar merekalah aku belajar serba sedikit teknik amik gambar dan edit2 nie
tapi rasanya bagus juga macam nie
sekurang2nya tak lah aku buat benda yang tak sepatutnya kan...
buang masa dengan benda tak berfaedah...
lagipun minat aku lebih mendalam dalam bidang nie
hehhehehehe


CERITA KERJAYA

pasal kerja...
aku memang mula menerima kerja aku sekarang nie seadanya
dan rasanya aku dah mula ke arah positif
tak lagi ada marah-marah bila ada ketua yang mencari masalah
tak lagi aku merajuk tak tentu pasal
rasanya dah bosan dah layan karenah orang yang entah2 itu...
daripada sakit hati sendiri lebih baik mendiamkan diri
sejak melalui pelbagai masalah sama ada di opis mahupun rumah, teman ataupun keluarga...
jika ada apa2 masalah atau kejadian, aku lebih rela mendiamkan diri sahaja
itulah perangai aku ketika ini
aku tak suka nak berbahas menegakkan keadilan ataupun memberi penjelasan
lebih baik mendiamkan diri daripada terus dibaham api kemarahan
ketika mendiamkan diri itulah rasanya aku dapat berfikir dengan tenangnya
namun pada itu, aku juga seperti manusia lain yang inginkan kerjaya yang mampu memberi kepuasan hidup
walaupun aku boleh hidup dengan kerja yang sekarang nie
tapi kita punya hak untuk yang lebih baik kan...
aku ingin sangat jadi seorang ahli perniaagaan
tak kiralah apa perniagaan itu sekalipun
kecil atau besar, yang penting "bisnes"
dalam islam pun ada cakapkan
9 dari 10 rezeki di dunia nie datangnya dari perniagaan
aku punya minta yang mendalam pada jual beli nie
dari sekolah lagi aku dah menjual kan
jaga gerai nenek, berbazar ramdhan,jual kerepek, jual relod dan mcm lagi lah
dan aku rindu semua itu
aku suka...dan aku mahu apa yang aku suka
masa kat opis td
ada juga aku berbincang dan berkongsi pendapat dengan seorang kawan aku nie..
dialah 1 1 nya pembaca setia blog aku nie
kalau sekarang dia baca post nie msti dia dah senyum2 dah tau apa aku nak cakap
tak sangka dia tahu apa yang aku fikir yakni membuka kedai bunga dan menjadi wedding planner
aku kan suka bunga
so y not jual bunga hanya dari rumah...belakang rumah kan luas
so jimatkan kos, cuma masalahnya
di mana aku nak cari supplier bunga???
di mana??
sesiapa yang dapat membantu aku memulakan perniagaan ini sila hubungi saya...
dan yang keduanya...jadi wedding planner
dari aku kecik lagi
memang aku dah minat pasal kawen2 nie
bermula dari aku tgk anty mimi yang pandai buat hantaran
start dari situ
alang kawen,anak kawan mama kawen,saudara...
aku yang buatkan hantaran dorang
tapi masa alang lagi la best
semuanya aku yang buat
dari hantaran,kad kawen,souvenier,hiasan....
memang minat giler la
walaupun tak secantik pakar wedding planner
tapi kita kenalah bermula dari bawah...iaitu dari kita 0 kan??????
aku harap sangat cita2 aku tercapai....amin!!!!!

CERITA HATI
kalaulah hati pandai berkata-kata
mesti dah terungkap semua yang terpendam selama nie
yang pasti aku tahu hati aku teramat sakit ketika ini
(memanglah dah hati itu hati aku)
mmmm
entahlah
aku harap sangat aku punya kekuatan untuk menerima apa saja yang dituliskan untu aku
ataupun keputusan yang bakal aku pilih ini merupakan apa yang hendak dituliskan untuk aku
"andai aku sedang bermimpi,aku tak mahu ada yang mengejutkan, andai aku di alam realiti,aku tak mahu ada yang menyedarkan aku"
semuanya buat aku jadi memikir....
kenapa perlu aku dengari "hidup ini susah"
kenapa aku perlu dengar ayat ini...
kerana ayat ini,aku terkesima seketika....
kerana aku kah jadi begini....
tapi tak apalah...
yang pasti, tuhan tak pernah memberi kesedihan buat kita
cuma kita yang memilih untuk ke arah itu.....
"hatiku....aku sendiri tak tahu apa yang terbaik buatmu, aku mohon hati bisa keras menahan sakit ini"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails