mesti tertanya2 nombor apa pada tajuk post kali nie
tue la nombor kad matriks aku masa kat uitm
sesungguhnya aku amat merindui saat2 aku bergelar pelajar siswazah..
aku mula masuk uitm tahun 2007
masa itu aku masi tak tahu ttg kehidupan universiti
belajar pun tidak
asyik ingt cinta cinta cinta sahaja
kawan pun terbatas sebab tak peduli nak cari kawan..
nak hidup sendiri kononnyer
masa tu juga aku asyik nak balik Sandakan
asal ada cuti saja
mesti nak balik
semestinya korang tau kenapa aku balik sandakan kan...
sehinggakan ada program wajib aku tak pi sebab balik dan akhirnya aku dihadapkan ke mahkamah
pehhh masa tu punya lah seram sejuk sebab aku tak de kawan..
masih aku ingat aku mengaku salah masa tu...
lebih kurang macam nie la ayatnya//
"Saya Siti Nur Fadhilah binti Mohd Fajeer,Kad matriks 2006111373, mengaku bersalah atas tuduhan yang diberikan"
fuiyoooo
sejak masa tu ndak sudah berani mau elak2 ikut apa2 program...
aku bukan ingat study..
aku study pun subjek yg aku suka jak...
tapi segalanya berubah bila aku sem ke 3
aku dah mula takut asyik merepeat jak
aku study berabis dan sentiasa minta ajar dengan sesapa pun
terutama sis aku yati dan yana...
hehehe
merajinkan diri aku pi bilik dorang minta ajar
alhamdulillah keputusan menaik dan bila sampai ke sem 4,5 dan 6
keputusan aku lagi laaaaaaaaa
gembira sgt
masa tu
aku memang kuat main
kuar bejalan jak
dating sana sini
hu ha hu ha ngan member2
tapi study tetap okey
wujud penyesalan tak study dan hidup macam ni dari sem pertama lagi
masa tu juga abrulah aku rasa kehidupan sebenar seorang pelajar universiti
memang best lah
aku bersyukur punya kawan yang boleh gilak-gilak sama aku
dan pada waktu itu juga
aku dipertemukan seorang kakak angkat yang cukup menjaga aku sebaik2nya
aku sayang ngan along yana!!!!
tak akan aku lupa pengorbanannya menjaga aku
dialah juga yang penat melayan karenah kebudak2an aku nie
melayan apa saja aku nak makan
sebut je nak pi mana
mesti dia bawa
huhuhuu
dan bila wujunya geng karas yang terdiri daripada aku,eja,tata,cate,marlin dan marianah....
lagilah tambah gilak2
hahahahah
ada jak kenangan aku ngan dorang tue
ngan dorang lah aku belajar erti susah
sentiasa bersyukur dengan makanan yang ada
rindu rasanya nak hirup sup dari periuk nasi
akulah yang akan buat begitu
menghabiskan sisa sup yang tertinggal
yummi
kalau tata masak mesti sedap
apa lagi kena2 makan bambangan
adudui
memang giler laaaaaa
masa ni jugalah aku menjadi orang yang berduit
wahahaha
aku menjual relod dan makanan ringan
walaupun penat melayan orang hari2
tapi aku hepi sebab masa tu
aku sentiasa ada duit
tapi penyesalan telah berlaku kini
kalau aku simpan duit tu
mesti aku leh buka bisnes lagi hebat skrg
tp tak pa la
semua tu kan dari rezeki aku sendiri
hehehehehe
walaupun kekadang ada salah faham di antara kami
semuanya tetap okey la jugak
itulah namanya kenangan bersama
heheheheheh
kini bila dah hidup dalam alam pekerjaan
aku rindu semuanya
aku nak sangat kembali ke saat2 itu
waktu nak exam penuh 1 dinding ngan nota
belajar ramai2
makan ramai2
saya mahu semua itu kembali
rasa macam tak puas la pulak!!!!!!
manisnya hidup
pahitnya derita
semua terasa....
i miss my uitm life!!!!!
No comments:
Post a Comment