Friday, October 8, 2010

sedih lagi

kali ini pagi aku bukanlah dikejutkan oleh jam hpku
tapi tersedarnya aku dari mimpi aku....
pada waktu itu, aku terdengar satu tangisan
dan aku tahu itu tangisan siapa...dan aku pasti...
malangnya insan itu sudha tiada...

dan ketika aku bersarapan pagi tadi...
ada seperkara yang buat aku terasa dan pada waktu itu juga air mataku jatuh berlinangan,
sehingga balik ke opis, aku masih lagi menangis...
aku rindu pada insan itu....al-fatihah

kesedihan aku bukan hanya kerana mengenangkan insan itu tetapi pada nasib yang menimpa aku...
ya memang benar...kita yang masih hidup ini
masih punya peluang untuk menimba ilmu...
beginilah nasibku...
kalau bukan musibah yang menimpa aku awal tahun lalu,
sudah pasti kini aku dah part 4 amik ijazah....
sedihnya mengenang kembali semua itu...
bila bertanya khabar pada mereka yang aku tinggalkan di uitm shah alam...
kadang cemburu mula menghasut diri...
mereka masih bisa merakan nikmat sebagai seorang pelajar...
tidur lewat,tampal nota di dinding, study group...
semua itu dapat aku bayangkan....
masih segar dalam ingatan aku kehidupan di sana....
sepanjang di sana, solat pun tak pernah tinggal
syukur punya teman sebilik yang boleh mendidik aku ketika itu....
tiap petang aku boleh mendengar ceramah dari bilik....
perjalan pulang dari kelas mesti singgah kedai runcit beli roti coklat....kat sabah mana ada jual tue....
dan paling best sepanjang jalan ke asrama
mesti aku takut dengan burung hitam...sana sini ada....
aku rindu saat-saat itu....
indah sekali...

tapi itulah...
semua itu tinggal kenangan buat aku ingat masa lalu aku sahaja
hanya kerana musibah....aku tinggalkan degree aku...
dan salahkah kita yang hanya punya diploma??
yang dibantu cuma yang ada degree
yang disanjung cuma yang ada degree...
apa semua kehidupan kita akan berjaya dengan adanya degree....
aku jamin, masi ramai yang punya segulung ijazah masih terperap di rumah...
tak punya kerjaan...
walaupun suatu ketika dahulu aku pernah merungut dengan kerja yang aku ada ini,
tapi aku tetap bersyukur...
sudah punya ada pengalaman kerja malah sudah bisa melihat ragam manusia...
apa lagi kadang kerja aku perlu berhadapan dengan ramai orang...
aneka ragam..
dan mungkin semua ini juga dapat mematangkan aku,
cumanya,
aku saja yang tak sedia lagi untuk berhadapan semua itu...
sayang rasanya nak tinggalkan zaman manja aku,zaman keriangan aku...
tak apalah,
tempuh saja jalan yang ada
dan hari-hari yang mendatang,suka atau tidak,
kita kena lalui juga walaupun dibayangi segala yang lalu....
orang kata,mengingati masa lalu itu adalah manusia bodoh kerana tak mampu melalui har medatang
tapi bagi aku
mengingati masa lalu cukup membuatkan aku untuk jadi tabah melupakan orang yang tak sepatutnya dikenang......

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails