Wednesday, October 27, 2010

manusia biasa....

bukankah kita dihidupkan di dunia ini adalah sama
yakni
kita manusia biasa
bezanya cuma jalan hidup kita seharian
walaupun apa yang kita lakukan, amalan kita semuanya berbeza tapi kita tetap manusia biasa
kita makhlukNya
yang diciptakan di dunia ini adalah bersaudara
mungkin dengan kehidupan yang beraneka ini
ada manusia yang berstatus tinggi dan ada yang rendah
tapi itu semua tak membezakan kita
mungkin pada pandangan orang lain, ada yang perlu dijunjung hanya kerana statusnya
itulah hukum dunia..
perlu dihormati pada yang berpangkat, yang berjawatan
tapi diteliti kembali...
yang berstatus itu juga tetap manusia biasa kan???

kita manusia biasa,kita hidup di dunia ini bersaudara

coretan ku kali ini
bukan ingin membahaskan apa-apa mahupun berkaitan dengan sesiapa
cuma ada sedikit kekeliruan di hati ini
mengapa sejak dahulu hingga kini
bila ada teman yang mengenali diri aku
kekadangnya akan membahaskan tentang hal ini
ada yang takut keluar dengan aku
ada yang segan menegur aku
mengapa???
hanya kerana aku anak kepada wali??
bagi aku
semua itu tak perlu
aku manusia biasa
walaupun bapa orang yang dikenali
perlukah aku rasa seperti orang asing dalam kelompok kamu???
aku suka hidup seperti kamu
yang bisa melakukan apa saja tanpa perlu dilihat oleh mata-mata yang tak sudah mengomel itu dan ini
aku ingin hidup seperti kamu
yang hidupnya tak perlu dijaga
ketawanya, perilakunya,jalanannya
itu kan dirimu...
tunjukkan saja siapa kamu
tanpa perlu menjaga status mu...
aku mahu seperti itu
tidakkah kekok hidup seperti itu,
kadang cara makan pun ada yang menegur..
"sopan dikit"
jalanan itu...
"diatur kemas bha"
bosan benar aku mendengarnya
wahai teman-teman ku
ketahuilah siapa aku
aku ingin hidup serba sempurna bukan hidup dalam kebanggaan dan harta
aku ingin bergaul dengan kamu kerana bagi aku
kita semua sama yang perlu jalani hidup ini bersama
menikmati apa yang ada di duinia ini bersama
aku mahu begitu..
terimalah aku sebagai orang biasa seperti kamu kerana...
"aku juga manusia biasa seperti kamu"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails