Sunday, October 24, 2010

ini kisahnya...

kisah kali ini bukan kisah tentang aku
tapi kisah tentang dia...
siapa dia???
ayahandaku ABM Fajeer

hujung minggu ini aku menghabiskan masa aku bersama keluargaku
rasanya sudah lama tidak bersama mereka
sibuk dengan kerja dan diri sendiri
pada hari sabtu itu,aku menghubungi sesampai saja aku di rumah
memandangkan aku tak berjumpa mama dan bapa masa itu
saja bertanya ke mana dan dengan siapa mereka
"u have a date with me tomorrow dad"
itu kataku

pada mulanya aku merancang nak ke padang bandaran
mahu melihat acara klik-klik indahnya sandakan
tetapi sesampai di bandar, aku mengubah fikiran
cukup sekadar melalui jalan-jalan pasar minggu
dan sesudah itu aku membawa mama dan bapa makan tengah hari
tempat medan selera kegemaran mama
di Khatijah..
ketika bapa sudahi makannya dengan menjamu cendol,lalu dia berkata
'adek tolong bawa bapa pegi masjid al-amin ya, bapa mau amik gambar di sana'
boleh saja bagiku, menggambar itu sudah satu hobiku

dalam perjalanan ke masjid itu,bapa menceritakan kepada aku
sedikit sebanyak sejarah masjid al-amin ini
lokasinya di batu3
masjid ini pernah menjadi "masjid terbaik di Sandakan"
dan bapa lah yang pernah menjadi pengerusi masjid ini
katanya,masjid ini tidak begitu ramai yang mengungjung....
biasalah,tempatnya yang agak tersorok sedikit
ada suka dan ada duka mengenai masjid ini
mulanya juga, aku agak keliru sedikit bila bapa menceritakan tentang masjid ini tetapi apabila dihulurkannya 'pentas jumaat' yang membicarkan tentang masjid ini
barulah aku faham
(jika aku punya playerzgulrz.blogspot untuk menceritakan suka duka kehidupanku, bapa punya pentas jumaat dan bicara khamis)

ketika kami sampai ke masjid itu,
sunyi
sepi
kosong kurasakan
tapi aku mengikut saja bapa dari belakang
aku ambil gambar bapa sana sini
ketika itu
aku melihat riak wajahnya
aku tahu
ada kesedihan di hatinya
pasti kerana masjid ini



walaupun masjid ini tidaklah sebesar mana pun
tapi bagiku
tempat ini tetap menjadi tempat beribadat buat penduduk sekitar kawasan in
bersih
tak terbiar
tak seperti masjid yang pernah aku lihat di kudat suatu ketika dulu
ada anjing yang berkeliaran dan agak kurang bersih kawasannya


*senyuman pada wajah mama, pada wajah bapa sudah cukup menghilangkan rasa penat ku seharian ini*

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails