aku kat opis saat nie..
actually aku nak update blog aku nie semalam tapi penat sangat.
pukul 9 mlm baru sampai umah baru balik dari estate.
best pi estate, aku suka bangat.
sepanjang perjalanan nak ke estate dan balik tue macam-macam yang bermain di fikiranku.
aku ingat pada seseorang, kesilapan aku kat dia sehinggakan aku tak akan bisa menghubunginya lagi.
itulah manusia, sudah buat silap,sudah ada balasannye, baru nak menyesali dan ketika itu nak buat apa pun dah tak berguna lagi dah.
aku rindu kat orang tue.
dan ketika itu juga aku berfikir..
apa yang harus aku lakukan
apa yang patut aku buat.
bagaimana aku nak lalui hari-hari yang mendatang lepas nie.
apa nak buat supaya aku boleh hidup lebih baik dari sebelum nie.
ikutkan hati nak saja menghukum diri sendiri tapi dalam masa yang sama nak juga aku hidup gembira macam orang lain.
kadang ada juga rasa cemburu lihat orang gembira,punya teman hidup dan segalanya indah2 yang ku lihat.
aku mahu seperti itu.kata orang kalau kita nak,kita kena berusaha.
kegembiraan itu boleh dicipta...
tapi mengapa aku tak boleh menciptanya??
hanya kerana aku takut pada bayangan masa lalu ataupun aku takut pada apa yang belum pasti akan berlaku dengan keputusan yang aku ambil.
kemudiannya, aku selalu merungut tentang kerjaya aku ketika ini.
hanya sebagai kerani.
gaji kecil.
tapi bila aku ke estate, ada juga rasa syukurnya aku punya kerjaan.
alhamdulillah,dan aku meyakinkan diri.
jika aku punya rezeki di mana-mana,pasti tak akan ke mana juga..
pasti dapat mengubah kehidupan aku,....
yang perlunya saat ini...
bersyukur dan bersabar....
insyaallah...
ketika aku mendengar lagu ibu dari corong radio,
tiba-tiba air mata aku mengalir
aku ingat pada awal tahun ini
betapa mama banyak bekorban buat aku
hampir aku terlupa semua itu kerana leka dengan hidup aku ketika ini
saat itu,aku punya kesulitan,punya susah..
dan ketika aku mengharapkan insan itu menghulurkan bantuan...
dia tiada...
dan ketika itu...mamalah yang membantu aku..
dan ketika membantuku, air matanya mengalir juga
bukan sekali tapi sepanjang aku dalam masalah saat itu.
bagaikan kesakitan yang aku tanggung itu dia juga turut merasakannya....
sungguh aku terlupa pada semua itu....
ampunkan aku....
aku mengharapkan Tuhan menunjukkan aku jalan yang patut aku lalui
biar aku tak melakukan silap lagi dan aku bisa melakukan yang terbaik sepanjang hidup yang tersisa ini....
insyaallah.....
No comments:
Post a Comment