lewat aku bangun dan ketika aku sedang siap pakai baju aku menerima 1 panggilan...
tertera nama " daddy'....
bapa aku call daaa... (sama juga dengan style mama, kalau ada apa2 mau cakap ngan aku, just call hp padahal 1 rumah bha..aku di atas, dorang d bawah) -betapa hp itu menjadi alat komunikasi terpenting...wahahhahah
bapa call tu sebab minta teman aku g kedai, dia mau beli kertas warna..
so aku pun pastu bawalah dia..nining ngan dede ikut sekali bab mama dah pesan bawa nining main kuda2 arini...aku tue menurut saja..
so, pas dari kedai tue aku bawalah bapa ngan dua budak nie g makan kat hameed..
tu jak la aku mampu bawa makan..
kesian dorang tak makan2 lagi dari pagi(termasuklah aku)
ketika menunggu roti canai sampai...
aku melihat bapa merenung saja...
lantas aku ambil camera dalam beg aku dan aku sempat gambar bapa tanpa pengetahuannya...
pastu, ada seperkara yang aku bincang ngan bapa...
bapa menggeleng kepala...dan lantas dia berkata..
"dari tadi, itulah yang bapa fikir dek"
barulah aku faham,sebentar tadi yang dikhayalkannya adalah perkara yang sama aku nyatakan...
bapa terus bersuara dan berpesan kepada aku...
" bapa mau adek ingat tue, bapa cuma ada seorang saudara saja di dunia nie...Haji Sabar Awang Besar namanya"
"jadi, bila bapa tutup mata, cukup hanya dia yang tahu pemergian bapa"
" dan adek ingat juga, bapa tidak pernah berhutang pada sesiapa..hutang duit mahupun hutang budi"
"sikitpun bapa tiada hutang, 'mereka' yang hutang bapa adalah"
" jadi adek ingat semua tu, dan adek tahu apa patut adek buat bila bapa sudah tiada"
ya bapa, adek faham...
adek tahu semua itu...
dan bila sudah tiba masanya dan ada yang berkata tentang bapa nanti...
adek dan abang2 tahu, bapa sedikit pun tidak pernah bergantung pada sesiapapun..
dari bapa kecil hingga saat ini..
semuanya sudah bapa ceritakan pada adek dan manakan bisa adek lupa semua itu....
dan ketika mahu pulang...
bapa menceritakan kisahnya pada hari khamis lalu yang mana dia berjalan kaki dari rumah ke depan bangunan makhamah nak naik bas pi pejabatnya....
nie semua silap aku juga..
aku pinjam kereta mama pi kerja dan kereta bapa pulak rosak..
terpaksa dia naik bas mau pi pejabat...
sesiapa yang tahu jarak dari rumah ke bangunan makhamah tu pasti tahu betapa penatnya berjalan dengan jarak itu pada waktu tengah hari lagi...dengan keadaan bapa yang sudah pernah melakukan pembedahan jantung...syukur teda apa2 yag terjadi..alhamdulillah
dan syukur ketika dia menunggu bas, datang 1 kereta...
orang MPS, pelawa bapa tumpang dia....
terima kasih buat insan itu yang sudah sudi menumpangkan bapa...
betapa bapa insan yang hidup serba sederhana dan tidak pernah sedikitpun mengeluh dengan kehidupannya...
* Andai saja aku bisa sepert bapa *
No comments:
Post a Comment