Wednesday, August 18, 2010

rabu punya cerita

hye semua..
sori lama tak update blog
aku ingtkan teda yang kisah ttg aku tapu rupanya da juga yang bertanya bila nak update blog
hehehe
sowi sowi dla agak busy sekarang..diberi tanggungjawab baru kat opis
so try buat sehabis baik even ada lagi insan2 yang tidak berpuas hati
tapi aku berbangga di mana orang yang sebelum aku ni buat keja take time juga nak siapkan
means aku bole urus dengan cepat sikit, tp tue lah..
orang yang hanya tau keja nak siap jer still nak salahkan kita nie kan..
itulah manusia
anyway, minggu nie cukup mengajar dla erti kesabaran
mungkin juga kerana sekarang bulan ramadhan
tp yang cukup membantu aku bila aku cuba mengikut cara memotivasikan diri yang aku pelajari dari salah satu majalah faveret aku
majalah ni cukup mengajar aku...
tambahan pulak ada insan yang sering menasihati so aku rasa ada sikit perubahan la..
dulu aku cukup takut dlm beberapa hal..
tp bila aku try 1 kaedah yang majalah tue ajar,alhamdulillah memberi kesan yang baik jugalah...
kita cuba untuk menjadi org yang tegas dan terbuka tetapi kita tak tahu bagaimana nak mengubahnya kan...
so dla try la cara nie,senang jer:
kita cuma memerlukan 21 hari untuk melatih diri kita. apa yang perlu kita buat ialah:
pejam mata then tarik nafas sepanjang yang boleh dan tahan nafas tersebut dan pada waktu itu sebutlah nama kita sendiri dalam hati sebanyak 33 kali...
alhamdulillah, dla sentiasa melakukannya sebaik sahaja bangun dari tidur..
dan pada waktu itu aku sentiasa berasa yakin dan segar nak pi opis..
ini juga dpt membantu kita untuk tenang seketika...
mula2 dla tak percaya juga tapi bila dah cuba ada ok sikit lah...
ni pakar motivasi yang ajar nie...
seperti yang korang tahu aku ni kuat melawan apa orang ckp if sumthing wrong happen lah kan...
mcm kat opis baru2 nie, adalah some1 tu sindir aku ngan segelintir org yang asyik berbual kat opis tu...dikatanya kami bikin bising hingga dia pening.macam pasar katanya..
agak2 lah kan..
dia tu duduk 1st floor tak sama dengan kami pulak..nak sakit kepala apanya kan..
pas tu nak ckp mcm tu la pulak...at least kerja kami semua siap dan masa tu kami semua berbincang jak pun...
tak ke dia tahu, cara kami macam tu bole buat kami mempelajari benda baru sebab kami semua bertukar pendapat...apatah lagi waktu membiaskan sesuatu tu, akulah palinng muda antara semua...semua tu dah bnyk pengalaman...
aku cukup menghargai mereka semua sebab sejak aku kenal dorang,bnyk benda yang aku pelajari..
thanks to them...
berbalik pada some1 yang sakit kepala tue,masa dia ckp tu memang aku dah hot la..
nak jer lawan balik pa dia ckp tue..tapi entah mengapa aku wat tak tahu jak dan still leh tenang...pas dia belah dr tempat kami tu, baru aku sedar..
eheh..bole pulak aku sabar dan tak membalas kan....
dan waktu itu lah aku sedari teknik motivasi diri ini agak berkesan jugalah...
pastu aku fikir2 setiap aku buat,ternyata iayalah..aku agak yakin dalam melakukan tugas aku dan semuanya lebih mudah menjalankannya...amin...
kalau dulu..sikit2 aku cakap "adek ndak buli buat" , "adek takut" , "adek ndak pandai" , "adel lembap"...
but now...
aku mesti cuba...mesti try...tak cuba manatau...
heheheh...
so kepada teman2 apa kata cuba juga..manatau berkesan kan....
tapi sebenarnya itu semua dari diri kita sendiri juga..
betulkan?????????????????????????////

1 comment:

Teratak Usang said...

# Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
# Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
# Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
# Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
# Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
# Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
# Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
# Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
# Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
# Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
# Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
# Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
# Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
# Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
# Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
# Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
# Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
# "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
# Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
# Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
# Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
# Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
# Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
# Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
# Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
# Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails