untuk sekian lama akhirnya aku update juga blog aku arini
sudah lama nak update tapi tak ada masa jer
kat opis dah tak leh nak on9 bab dah kuar memo tak leh bawa broadband or personal pendrive.
balik keja pulak penat terus tido
tapi arini terbuka pulak pintu hati nak update blog..
besalah kalau sudah bermasalah di mana lagi akan ku melepsakan segalanya kan??
sejak menyepi dari blogger ni macam-macam masalh yang timbul
besalah manusia mana ada yang terlepas dari masalah duniawi ni kan
cuma bergantung pada orang tu macam mana nak selesaikan masalah saja...
aku akui aku tergolong dalam golongan orang2 yang tak bijak dalam menyelesaikan masalah
seperti biasa..yang aku tahu
hanya menangis
hanya menyeksa diri sendiri
tak makan
tak tidur
pagi petang fikir masalah saja
hinggakan emosi terganggu semua dibuat pun serba tak kena
syukur punya sahabat yang senantiasa ada di sini memberi sokongan dan kekuatan untuk aku berani dan tenang mencari jalan penyelesaian...
hingga kini pun boleh dikatakan semua masalah yang dihadapi bergantungan di sana sini
sudah malas untuk memikirkan semua itu
untuk mengelakkan dari perasaan sedih, marah dan kecewa
aku hanya membuat itu dan ini untuk mengelakkan daripada terus memikirkan segalanya
lena bermain game
sibuk dengan kerja di opis
kuat makan
bermain dengan nining dan dede
dan yang paling penting...
kekerapan meluangkan masa pada bunga bertambah la pulak
aku bersyukur sangat semua bunga jagaan aku tumbuh dengan suburnya
gembira hati melihatnya
bangun pagi melihat bunga2 aku mampu memberi semangat untuk ke opis
dan petang melihat bunga2 itu mampu mengurangkan rasa penat selepas kerja
kadang sebelum tidur pun terbayang2 bunga2 di luar rumah
gembiranya
tapi
ada 1 menjadi bebannya kepada masalah aku
bila aku cuba tidak memikirkan masalah, memikirkan siapa2..
cuba beraku tenang
cuba menjadi kuat
ketika itulah ada saja yang mengganggu yang cuba nak membuat kepala jadi sakit
memang teramat tekanan
tapi selagi aku hidup dalam kedewasaan aku ini
takkan aku biarkan semuanya musnah..
No comments:
Post a Comment