Friday, February 26, 2010

kembali....

assalammualaikum w.a.w

salam buat semua pembaca blog dla.Maaf lama tidak update blog.Begitu banyak masalah yang harus diselesaikan.Bukan kerana sibuk tapi rasanya tiada masa yang bersesuaian untuk menceritakan segala suka dan duka kehidupan dla

Yang setia membaca blog aku ni semestinya tertanya-tanya ke mana aku menghilang dan apa yang telah terjadi pada aku kan? susah untuk dinyatakan tapi cukuplah sekadar kalian tahu betapa 2 bulan ini kehidupan aku agak terumbang-ambing.Syukurlah ke hadrat ilahi, walaupun aku terleka selama ini, aku masih ingat pada tuhan aku.Hanya kepadaNya sahajalah aku berserah dan memohon.Siang dan malamku,hanya memohon keampunan dan kemaafan dariNya yang maha agung.

Alhamdulillah,walaupun perit untuk aku menerima semua ini,aku bersyukur kerana aku masih bisa melihat dunia ini, berpijak pada lantai bumi dan bernafas menghidu bauan alam.Allah masih memberi aku ruang untuk kembali ke jalanNya dan kali ini tidak akan aku sia kan peluang yang diberikan.Dan yang pasti, dengan segala yang terjadi cukup mengajar aku untuk hidup lebih sempurna.

Kepada teman-teman yang belum mengetahui keadaan aku sekarang, cukup sekadar memberitahu kamu bahawa aku kini berada di kampung halaman aku, sandakan.Aku telah pun berhenti dari uitm shah alam.Ramai yang agak terkejut dengan apa yang terjadi ini.Tapi apakan daya, aku cuma seorang gadis lemah yang telahpun melalui keperitan hidup.aku tak bisa berkata apa kerana aku tak mahu menjadi seorang yang tidak tahu bersyukur.bagi aku, memang teramat sedih untuk meninggalkan kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu.Memang pada mulanya, aku datang ke shah alam untuk mendekatkan diri pada seseorang, tapi setelah tahu aku dipermainkan, aku bangkit dan ingin berjaya.Sepanjang aku hidup di uitm shah alam itu, aku tidak seperti di uitm sabah di mana aku merasakan aku lebih hidup belajar di sini.Begitu mudah bagiku untuk belajar dan aku sentiasa merasakan aku boleh berjaya.Sehinggalah aku berangan-angan untuk mendapat anugerah caunselor.Cukup sedih untuk mengingati semua itu.aku cukup merindukan kelas kuliah..terutama kelas usul fiqh dan islamic legal framework.andai saja kamu tahu betapa aku cukup mahu mengejar kejayaan memegang Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian(islamic Banking)...La ila ha illallah....aku terpaksa akur pada permainan dunia ini.

Percaya pada qada dan qadar.Itu sahaja yang menjadi pegangan aku agar aku tidak menyalahkan takdirku.walaupun dalam hati ini sering menyalahkan seseorang,kerana dia hidup aku jadi begini,aku terpaksa redha.terpaksa menerima kenyataan walaupun aku tahu aku tak bisa melakukannya.memang kejadiannya,aku terpaksa berlakon menjadi seorang penurut pada semua ini."Tariklah hidungku seperti lembu tapi lepaskanlah aku di tanah lapang".

Kini, aku menghitung hari.Bila sudah beres segalanya,aku terpaksalah mencari kerja.Pada ketika itu, aku akan membakar sejarah hitam aku dan melemparkan kain putih di kehidupanku yang baru itu.dan akan ku warnakannya dengan warna-warna ceria, tiada lagi duka yang akan tersisa.Ketika itu, semua yang terjadi hanyalah kenangan dan satu pengajaran buat aku untuk lebih berwaspada pada mainan manusia.Dan ingin ku katakan,insyaallah pada saat kehidupan baru aku bermula maka aku juga akan berubah.jika ada yang merasakan perubahan, terimalah semua ini.pastinya perubahan itu adalah yang baik-baik kerana aku mula takut akan dunia kini dan yang nanti.

semua yang terjadi pada aku adalah pengajaran yang cukup baik buat aku takut utuk merasakan mati.sesungguhnya kita semua harus beringat bahawa kita akan mati dan semua amalan kita akan dihitung.Aku bukan mahu berceramah di sini ataupun mahu berpura-pura baik jauh sekali menjadi alim, tetapi apa yang terjadi kepada aku ini biarlah menjadi contoh kepada semua untuk hidup lebih sempurna dan berwaspada.Sesungguhnya, aku tak mahu ada orang lain yang mengalami nasib yang sama seperti aku kerana aku sudah merasa semua kesakitan itu.Memang benar kata kamu, smeua orang pasti ada derita.Tetapi kamu tidak tahu apa yang aku rasa.Satu per satu masalah datang dan ketika itu cukup derita yang aku alami.Ketika kita susah pasti kita akan ingat Tuhan.Kenapa tidak ketika senang juga? maka semua ini telah menyedarkan aku uNtuk hidup dengan pegangan islam.Alhamdulillah.

maka, dengan perubahan ini, aku ingin memohon seribu keampunan kepada semua.Pasti ada yang pernah berasa tersinggung dengan aku.Maafkanlah segalanya dan sama-samalah kita membersihkan diri dari sifat yang dikeji allah.AMIN.....

Aku mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan salam maulidur rasul....

2 comments:

Nor Hayati B. said...

weiii!!
apa khabar ko??
jan lupa singgah & follow blog aku aa..
keep in touch darl!! :)

Nor Hayati B. said...

wehhh..
sabar ja la ahh..
bina la hidup baru..
jangan mudah putus asa..
kami sayang ko!!! :)

**rindu sgt2.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails